Yang ditunggu dah tiba...

last
next
archives
newest
email
links
rings
guestbook
profile
notes
poodesigns
intuitivmedia
diaryland
2004-03-15 12:08 p.m.

Yang ditunggu dah tiba...

Cuti sekolah dah bermula. Yey! Amir balik bercuti selama seminggu.

Hari Jumaat malam, Amir selamat sampai kerumah.Dari Gerik, Perak dia naik bas Transnasional. Pukul 4.00 ptg dari sana. Sampai ke Hentian bas Jalan Duta pukul 8.30 malam. Lega rasa hati.Itulah buat pertama kalinya Amir naik bas bersaorangan. Dia memang tak pernah naik bas, sendirian. Nama saja KL boy,tapi dia ni boleh masuk ketogori 'taruna pingitan.' Dunianya hanya rumah, sekolah dan padang bola kat belakang rumah.Tempat favoritenya adalah biliknya.....melayan PS.

Petang Jumaat tu dalam pukul 6.30ptg, sampai le yang ditunggu-tunggu...dua orang Cina nak pasang ASTRO, setelah dua minggu dok nanti.Lebih kurang sejam selesai le pemasangannya.

Malam tu anak beranak mengadap Astro!

***************************************

Hari Sabtu, kat ofis, sibuk pulak gotong-royong....tak habis habis!

Kali ni untuk persiapan Anugerah Quality Ketua Pengarah (AQKP)yg. diadakan dua tahun sekali. Bahagian kami dapat naib johon pada tahun 2002.Tahun ni kena kerja keras le...kalau nak dapat johan pulak.Auntie tak dapat nak tolong banyak. Yang berat berat, tarik sana, tarik sini dibuat oleh bebrapa jejaka macho kat bahagian ini.

Nasi lemak yang disponser sedia menanti. Nasi lemak special yang dibeli ditepi pagar JKR....Auntie tolong buat air nescafe...depa kata Auntie pandai bancuh nescafe,sedap....

On the way balik kerumah...amboi! dah banyak poster tertampal....oleh kerana Auntie tinggal kat town area, nampak yang lebih banyak adalah bendera warna merah lambang roket nak naik ke bulan....bendera kala biru juga bersaing sama. Gambar dacing sana sini...tapi....dimana ye di kau sang bulan purnama??? Yang kelihatan hanya bulan sabit dua bersaudara berlatar biru lembut.

Auntie dan Cik Din tak terlibat langsung bab-bab tampal poster atau kempen-kempen ni....tunggu pergi memangkah je pada hari Ahad ni, insyaallah.

Anja pulak, nampaknya ada tugas.Dia dah dapat, dua helai t- shirt, sehelai vest, sehelai jeket, sebijik cap.....semua ada lambang dacing....katanya kena jadi pemuda gerak gempur....lantak lah....jangan jadi penyangak dah.....

hish.....cerita ada banyak lagi....esok sambung....dah nak balik ni.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++