Sunyi.

last
next
archives
newest
email
links
rings
guestbook
profile
notes
poodesigns
intuitivmedia
diaryland
2004-03-27 10:09 a.m.

Sunyi....

Ofis sunyi sepi hari ni.Ada Mesyuarat Agung Kelab Sukan dan Sosial (KESSO) pejabat kami.Mesyuarat diadakan di pejabat kami cawangan Ampang. Pagi lagi Auntie dah nampak bas jabatan dah menunggu dikaki bukit.Auntie adalah antara ahli kelab yang langsung tak aktif.Apa juga aktiviti sukan & sosialnya jarang benar Auntie join.Hanya yang menjadi pilihan atau ikut serta jika ada ceramah.....tak kira le ceramah Agama atau ceramah kesihatan atau lain-lain ceramah yang lebih memberi informasi.

Dulu, waktu muda remaja Auntie memang ikut serta dengan apa-apa aktiviti yang diadakan.Bila dah berkahwin, mula slow down...lagi pun rasa tanggung jawab pada rumahtangga lebih diutamakan.

*******************************************

Terima kasih kepada yang ucapkan selamat h/jadi pada Auntie.Sejak umur semakin meningkat, ucapan selamat dah makin berkurangan....yang tak pernah miss bagi ucapan adalah Cik Din, anak-anak, adik-adik dan juga mak Auntie....sejak beberapa tahun kebelakangan ini pulak, telah ada organisasi besar yang tak pernah lupa ucap selamat......nak tahu sapa?....sapa lagi kalau bukan....JUSCO...hi!hi!....sebab Auntie ada kad dia...:D.....dia akan bagi satu greeting kad dan juga beberapa keping kopon diskaun...yang haru tu....benda yang diberi diskaun langsung tak menarik minat Auntie....jadi selalunya kopon tu hanya masuk tong sampah!!!Maap le Jusco......

Masa tengah remaja dulu, adalah masa yang paling seronok bila harijadi menjelang tiba. Ramai kenkawan buat surprise.....yang seronok tu dapat juga 'surprise' daripada secret admirer......sekarang semuanya dah berlalu...yang tinggal hanya kenangan yang mengusik jiwa.

Semakin umur meningkat, rasanya semakin dekat dengan DIA...tapi tak tahu le....macam persediaan masih belum ada.

*********************************************