![]() |
Kuku Panjang. lastnext archives newest links rings guestbook profile notes poodesigns intuitivmedia diaryland |
2004-04-02 12:12 p.m. Kuku Panjang. Pagi ni, bila buka g/book, Sri Diah kata dia ngumpat Auntie….debar-debar juga…ngumpat apa ek?....O…itu pasal Anita Sarawak. Kita orang pompuan memang gitu lah….tambahan pulak yang kita nak ‘teliti’ seorang yang telah ada nama, popular, glemer…..diva lagi kata orang sekarang.(apa rasa bila pipi montok dia bergesel dengan pipi Sri yang gebu tu?...) Petang semalam sesampai dirumah hujan begitu lebat, badan pulak rasa lesu dan ngantuk. Lepas solat Asar dan buatkan air untuk Cik Din, terus je tergolek depan TV, tertengok pulak rancangan ‘Chef Diva’….program masak oleh Anita Sarawak tu…..kalau nak diikutkan resipi yang dipersembahkan tu yang mudah-mudah dan yang segera-segera je…. Memang sesuai sangat le dengan para kaum ibu jaman sekarang yang sentiasa berkejar dengan masa. Macam Sri Diah juga, Auntie dok tengok kulit tangan dan jari-jari tukang masak diva tu….amboi!...nampak halus mulus betul kulit dia… dan …sah kuku dia pendek… hemmm…agaknya bila menyanyi dia pakai kuku palsu le….. Kenkadang, Auntie yang kuno ni hairan jugak ye…kenapa ramai orang pompuan suka simpan kuku panjang, ada tu simpan sampai all the 10 jari, ada tu simpan untuk tangan kiri je…..Hemmm, kalau panjang sangat susah pulak nak makan nasik….kena makan guna sudu garfu le pulak…Auntie kat rumah bantai makan dengan tangan je….makan kat luar pun tengok keadaan le….kalau makan nasik, lebih selesa guna jari, apa lagi kalau lauk pauknya style kampong….senang nak mencicah ulam ngan sambal belacan! Pada yang simpan kuku kat tangan kiri tu….tak geli ke bila nak basuh…be***?...tak tahu le kot orang moden sekarang pakai tisu lap-buang je….atau kat rumah pakai toilet bowl yang canggih yang airnya terus menyelesaikan masaalah tu…. Berkuku panjang ni memang nampak cantik…tapi kena rajin le…kena trim, kena sapu krim….selalu kot kena pergi buat rawatan manicure.Lepas tu sapu warna…kata kawan Auntie, apa salahnya kita nak warna kuku, warnakan saja masa sedang ‘uzur’…Ish…malu le pulak nanti orang tahu pulak time kita ‘uzur’ hanya dengan melihat kuku kita! Auntie tak pernah buat rawatan ni….buat sendiri je kat rumah….ambil asam limau tenyeh!, lepas memerah kelapa, hampas kelapa tu di scrub kat tangan…..itu saja caranya…duit pun selamat. Auntie pun tak pernah simpan kuku panjang.Masa anak dara dulu, bila tengok kenkawan simpan, kita pun ikut sama, tapi bila balik kampong….apa lagi kena syarah dengan mak….marah betul dia….macam-macam katanya, tempat iblis syaitan berlindung dan bergayutan!....tak sah ambil wuduk….ooo…banyak lagi leterannya. Sejak itu kuku Auntie sentiasa dipotong pendek….dan Auntie pun naik rimas, bila nampak kuku mula panjang. Jangan kata orang pompuan je simpan kuku, orang lelaki pun ada juga…selalunya kaum lelaki simpan kuku jari kelingking….tak tahu le apa tujuannya…,yang Auntie tahu senang nak korek hidung!!!! Ai…..si Anja, anak bujang Auntie pun sama le jugak menyimpan kuku kelingkingnya……nanti bila ada masa Auntie akan potong….selalunya masa dia sedang lena tidur….dah banyak kali dah Auntie buat kerja ni….!Selalunya bila dia terperasan, dia akan kata ‘ooo…mak potong kuku Ser ye?....mak memang dengki!!!....Auntie buat selamba saja le…sebab dah berkali-kali bagi tahu jangan disimpan…tak de faedahnya. Ada juga orang simpan kuku hingga panjang berjela….hanya kerana nak nama masuk dalam buku rekod…..hemmm lantak dia lah…. ********************************************************************* p/s: terima kasih pada En Tony Cheong (seorang pemandu pelancong) yang entah bagaimana tersesat ke laman Auntie ni….Wah! En. Tony, saya salute le sama Encik….jadi pemandu pelancong yang begitu dinamaik….sampai segala projek-projek kat Malaysia nak kena terangkan pada pelancong…ye le…kalau dah orang tanya kita memang kena jawab….tak boleh le main nak kelentong je….mesti ada facts. Tapi, saya rasa, apa yang telah saya terangkan tu dah cukup untuk mereka….kalau nak tahu lebih lanjut & lebih detail boleh le datang ke ofis saya, boleh le saya kenalkan dengan Jurutera Projek tersebut. Sekian , terima kasih. …....seee…..menulis jurnal ni, memang meramaikan kenalan…jauh dan dekat. ********************************************************************* |