![]() |
Batuk pulak.... lastnext archives newest links rings guestbook profile notes poodesigns intuitivmedia diaryland |
2004-04-06 10:15 a.m. Batuk pulak.... KL dilanda hujan lagi.Bila nak masuk petang, hari mula mendung. Time kita keluar ofis, hujan mula rintik-rintik.Walau di elakkan pun Auntie tetap juga terkena air hujan...dah kerap ditimpa hujan, badan mula rasa semacam...macam nak demam tak jadi...last-last batuk pulak yang menghinggap diri. Auntie jarang benar di hinggap selsema atau demam. The last time Auntie demam adalah pada tahun '97...dah lama tu...Mungkin sebab Auntie rajin ambil vitamin..(dan...dengan kehendak Allah juga). Sesekali demam, memang berbaloi....tak leh nak bangun sampai seminggu!!Sampai ada sekali tu Jim pernah tanya ayah dia (semasa Auntie demam)samada 'mak masih hidup , atau dah mati!...sebab asyik tidur je...tak bangun bangun. Dah hampir empat hari Auntie dapat batuk...teruk jugak...keja-kejap batuk...sampai rasa nak terken****!...bila sedang solat, lagi le rasa nak terbatuk...gatal rasa kerongkong.Waktu tidur pun asyik terbatuk-batuk...terpaksa pulak beralih tempat tidur takut mengganggu teman sebelah.... Semalam dah Auntie buatkan ubat batuk tradisional...air asam jawa masak dengan gula merah untuk dibuat minum...ubat doktor pun ambil juga....ubat kedai Cina Cap Ibu & Anak pun telan juga.... Sapa boleh bagi lain-lain petua nak redakan batuk ni? Rasanya hari ni macam ada kurang sikit...alhamdulillah. ***************************************************** Nabilah (dari Manchester UK): Waalaikum salam...semoga Nabilah & keluarga beroleh selamat di perantauan adanya...Terima kasih, rajin baca jurnal ni...kadang-kadang, idea nak bercerita tu banyak, mood pulak tak datang....maklum orang tua...kenkadang rasa lenguh sana sini...kenkadang rasa malas.Ada masa pulak tugas pulak menhalang. Insyirah: Waalaikum salam...Auntie dah selalu masuk ke blog Insyirah dan dah tahu serba sikit tentang Insyirah melalui blog tu....salam perkenalan. ********************************************************* Kepada En.Tony Chong dan juga peminat Projek SMART, sila baca s/khabar Berita Harian (semalam 5/4/04)ada berita menarik berkaitan projek tersebut....siap dengan peta/gambar. *********************************************************
|