Hantu..

last
next
archives
newest
email
links
rings
guestbook
profile
notes
poodesigns
intuitivmedia
diaryland
2004-04-07 8:33 a.m.

Hantu...

Sejak kebelakangan ini industri filem kita kerap pula membuat filem-filem seram.Mungkin sebab dirasakan boleh mendapat sambutan seperti filem-filem barat, filem Jepun (macam JU-On) dan juga filem-filem dari Hong Kong.

Apa agaknya yang boleh kita dapat daripada filem-filem seram ni?

Auntie rasa...boleh buat kita tidur tak lena dan sentiasa rasa takut lebih lagi kalau bersaorangan diwaktu malam.....kalau kita tengok filem seram luar negara le....filem seram kita...hemmmm....bukan kita takut, kelakar ada le! kah..kkah...kah!

Well, Auntie bukan nak ulas pasal filem seram, tapi nak cerita pasal hantu.Ada sapa pernah terjumpa hantu???...atau pernah mengalami peristiwa seram?...Auntie percaya, ramai diantara kita memang tak pernah terjumpa atau terserempak dengan hantu.

Bayangan hantu ni pulak, selalunya yang buruk, hodoh yang dahsyat rupanya.Auntie bayangkan kalau hantu mesti rambutnya mengerbang tak terurus, gigi tajam macam taring, mata merah.....dan katanya hantu ni kakinya tak jejak ke bumi!....betul ke?

Kononnya hantu-hantu ni boleh menjelma dalam berbagai rupa.

Walau pun ramai yang tak pernah bersua dengan sang hantu, tapi ramai yang sangat percaya ujudnya hantu ni. Sebagai orang Islam, mengikut Al-Quran, syaitan dan jin memang ada dan kerjanya hanyalah untuk menyesatkan setiap anak Adam.

Mengikut orang tua-tua pulak hantu ni ada berbagai jenis pulak. Ada pontianak, ada jembalang,ada polong, ada langsuir (katanya hantu langsuir ni....berterbangan diudara)...toyol pun hantu jugak kot?

Orang yang jahat pun kenkadang kita ketogorikan dia dalam kumpulan hantu juga.Jahat macam hantu!!

Sepanjang hidup Auntie belum lagi terserempak dengan hantu....tapi pernah juga mengalami beberapa kejadian yang agak menyeramkan....

Yang paling 'real'nya terjadi semasa Auntie masih belajar. Masa tu tengah sibuk nak ambil MCE (la ni SPM).Siang malam sibuk study....kebetulan Auntie baru saja dipindahkan ke dorm baru di bangunan hostel yang baru siap, dah penat membaca terlelap le...masa tu agak awal lagi, lampu pun belum di offkan lagi, tapi dalam dorm tak ramai...tetiba Auntie terasa dada begitu berat seolah-oleh ditekan orang, sedangkan mata tak boleh nak dibuka.Terasa juga hembusan nafas yang kencang dimuka Auntie.Nasib baik fikiran masih waras...Auntie baca ayat kursi dengan sedaya upaya, namun tekanan didada terasa lebih kuat...perlahan-lahan mata boleh dibuka...apa yang Auntie nampak adalah tapak tangan yang hitam berbulu menekan-nekan muka Auntie, semakin kita membaca ayat suci, semakin kuat tekanannya...akhirnya, Auntie hanya dapat melaungkan azan....baru lah terasa tekanan berkurangan dan akhirnya hilang...dan tangan hitam berbulu juga ghaib.

Auntie bingkas bangun dalam keadaan yang sangat takut....memang rasa jelas sangat ternampak tangan berbulu tu hingga ke hari ini...emmm...tangan tu lebih kurang macam tapak tangan gorila/orang utan.

Satu lagi peristiwa Auntie alami bersama Cik Din beberapa tahun yang lalu.Kami dalam perjalanan balik ke kampung Auntie.Jalan yang kami lalui baru siap.Masa tu jam lebih kurang pukul 10.30 malam.Anak-anak tidur dibelakang.Kami tak cakap apa-apa. Kiri Kanan jalan memang gelap-gulita maklum melalui kawasan baru, tiada kampung.Jalan lurus saja, tiada kereta di depan atau di belakang, dari opposite side juga tak ada.

Kebiasaannya, Auntie kalau naik kereta, kalau tak sembang apa-apa, Auntie akan baca ayat Kursi atau baca Qulhuallah je.

Cik Din pun tak bawak laju mana...tetiba kami berdua ternampak halangan besi seolah-olah dinding melintangi jalan...yang pelik tu, dah hampir sangat baru ternampak....apa lagi kami berdua menjerit sekuat hati sambil menyebut Allah!,Allah! kereta dibreak dengan kuat hingga stop terus dengan bunyi tayar mengaum membelah malam.

Astaghrafillah!!!mengucap panjang kami...anak-anak terkejut, terus terjaga. Bila Auntie pandang kekiri, rupanya ada sebuah kereta 4W yang nak melintas jalan tersebut betul-betul depan kami berhenti...sebaik saja kami berhenti dia pun melintasi kereta kami dan menuju arah kebelakang.Dalam kegelapan malam kami tak perasan pulak ada orang atau tidak dalam kereta tu.....Auntie dengan Cik Din cepat-cepat toleh kebelakang nak tengok kereta tu.....pelik!!!apa pun tak nampak....gelap gulita!, kalau benar kereta tu lalu, tentu masih nampak lampu belakang dia, jalan lurus, takkan dalam sekelip mata hilang gitu je.....aduh!.....seram betul rasanya waktu tu......apa lagi, kali ni Auntie ngan Cik Din sama-sama membaca ayat kursi dengan kuatnya dalam kereta sehingga kami nampak kawasan kampung....

Anak-anak pun hairan, kami suruh je tidur...takut keadaan bertambah kecoh....alhamdulillah, kami selamat sampai lebih kurang jam 11.15.

Esok pagi baru le kami cerita pengelaman semalam.Rupa-rupanya, menurut adik Auntie, dah ramai orang terkena dikawasan tersebut.Yang Auntie alami tu kira masih ok le. Kawan dia kena ...lagi le teruk.Ceritanya, kawan adik Auntie berdua dari Ipoh nak balik ke Gerik...sebaik saja melintasi kawasan tu, depa berdua ni terperasan ada dua 'penumpang' yang tak di undang tersandar kat tempat duduk belakang....ntah dari mana datangnya...Apa nak buat ye?.......depa dua-dua ni diam membisu...yang bawak kereta, memandu lebih laju, yang sorang tu membaca ayat kursi....tapi 'penumpang' kat belakang tu...bukan main relax lagi...lebih kurang 1/2 jam dalam keadaan yang tegang, akhirnya mereka sampai ke sebuah pekan kecil...ada lah street light....si driver ni, pusing-pusing pekan ni sambil melaungkan azan dengan kuat...baru le 'mamat' dua ekor kat belakang tu hilang....dengan meninggalkan bau yang amat busuk!!!!....

Menurut adik Auntie, kedua-dua kawannya terus demam esoknya.

Sekarang, setiap kali Auntie nak balik kampung, kami pastikan lalu di kawasan tu waktu hari masih cerah.Kenkadang, kalau dah nak jadi, tak kira siang atau malam.Kata adik Auntie pernah terjadi, ada orang lalu kat situ waktu tengahari, dia orang nampak orang sedang mengusung jenazah, makin lama kelihatan seolah mengusung jenazah terus naik ke langit lalu hilang...kalau sorang yang nampak satu hal le juga...ini sesisi kereta boleh nampak.HI..hi...seram jugak tu.

Cerita hantu ni macam-macam...nak percaya tak nak percaya terpulang lah. Taksub sangat pun tak elok....tak percaya langsung pun tak boleh juga....

********************************************