Sayang Sarawak...

last
next
archives
newest
email
links
rings
guestbook
profile
notes
poodesigns
intuitivmedia
diaryland
2004-04-14 9:33 a.m.

Sayang Sarawak....

Uwaaaaaa.......apalah malangnya nasibku ini....setiap kali cabut undi, memang tak pernah dapat seperti yang diharapkan.

Uwaaaaaaaaaaaaa.....uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

Apa pulak kesnya hari ni?..

Sebenarnya Auntie samasekali tidak bersetuju dengan cara cabut undi untuk nak dapatkan sesuatu. Tapi kat ofis Auntie ni, sikit sikit cabut undi....tak pro langsung. Setakat makcik makcik main kutu tu lain le...sebab tu, Auntie tak pernah main kutu ni....baik simpan duit sendiri.

Alkisahnya, para pegawai kat bahagian Auntie ni akan membuat persidangan tahunan mereka di Kucing Sarawak. Sepatutnya tahun lepas mereka dah kesana, tetapi dek penangan wabak SAR,vanuenya dialih ke Kota Keriangan G/Highland.

Persidangan ini dibuat setahun sekali dan telah bermula rasanya lebih 10 tahun yang lalu.Masa dolu dolu, pegawai sendiri yang akan jadi urus setia, jadi kaum bawahan ni tak de merasa nak tumpang sekaki.....kecuali satu dua orang yang memang 'kroni'....yang pandai guna komputer untuk buat presentation, yang tu le selalunya jadi pilihan.Sungguh pun gitu, kaum bawahan ni sedikit sebanyak dok bantu juga persiapan mereka nak kesana.

Tahun ni adalah sorang tu bernasib baik dipilih (tanpa cabut undi)untuk mengikut rombongan mereka, jadi urus setia...ada pulak yang buat bising (termasuk Auntie le)...sebab apa pilih dia, apa kurangnya yang lain? akhirnya semalam depa ambil keputusan untuk pilih satu staf dari setiap unit untuk jadi urus setia....Auntie puas hati le....sayangnya dah gitu di suruh cabut undi....dah le 'jemputan kerna terpaksa'....cabut undi pulak....nampak benar bos tak berani nak guna kuasa menentukan siapa yang lebih patut pergi.....akhirnya yang tak patut jadi patut....Auntie yang bernasib malang ni hanya cabut undi kosong...uwaaaaaaaaaa.....uwaaaaaaaa!!!!

Tahun depan kalau depa suruh cabut undi, memang Auntie tak nak.

Dalam meeting bulanan nanti Auntie akan suarakan hal ini.

Entah kenapa, hati Auntie jadi 'terusik'....nampak benar mereka tak pernah 'nampak' akan kehadiran Auntie yang dah 21 tahun bersama berkerja dengan mereka...staf yang baru bertugas setahun dua dibahagian ini menjadi pilihan...tak tahu le mungkin mereka lebih rajin dan komited dengan tugas.....tapi yang Auntie perasan sama saja...malah bila nak buat kerja selalu datang refer kat Auntie, tak tahu ini tak tahu itu, malah bos-bos selalu kata, 'kalau tak faham tanya saja dengan K/Yan'......untuk sejukkan hati sendiri, Auntie hanya berharap Allah telah nampak apa yang Auntie buat selama ini.....sabo saja.....

Sayang Sarawak sungainya sempit....

So, rombongan mereka akan berangkat pada hari minggu ni....gigit jari le Auntie tak dapat ikut serta........yang insyaallah Auntie akan dapat, mungkin, gula-gula lada hitam dan juga vase Sarawak yang tingginya 2 inci tu.....yang depa akan bagi bila depa balik nanti.....hemmm... Auntie dah ada banyak dah benda tu....malah yang tingginya 3 kaki pun dah ada.

****************************

Auntie tertarik dengan cerita P-Nut tentang, staf-staf veteran kat ofis dia....isk...terasa juga nih....maklum Auntie ni bukan saja 35 ++ malah dah lebih dari tu.....P-Nut....kot 35 ++ tu, masih muda tau!...tapi tak tahu le kalau sikap mereka lebih tua dari usia.

Auntie pulak bersikap lebih muda dari usia...hi...hi...tak sedar diri!!!

Memang benar, kebanyakkan staf yang dah veteran ni semacam sikit fe'el memasing...dah kurang aktif...itu Auntie boleh terima, tapi kalau dah tak leh terima cadangan bernas dari pegawai yang lebih muda rasanya memang ada sikit teruk le....Pegawai muda sekarang memang berkelibar, penuh dengan idea.....cuma mungkin kurang dari segi pengelaman, tapi itu semua dapat diatasi.Yang benarnya kita kena saling faham memahami....jangan jadikan usia sebagai jurang perbezaan.

Kat ofis Auntie ni ramai juga staf veteran....ramai yang masih aktif dengan aktiviti sosial...sehinggakan ada yang dah berusia 50 ++ pun masih rajin naik pentas mendendangkan lagu S.Nurhaliza, bila ada function....kalah orang muda!!!....tapi tu le...ada pulak mulut gatal yang sound dari belakang.....'hai dah tua tu, elok je jaga cucu...'. Team koir Jabatan pun satu masa dulu ahlinya lebih ramai makcik dari cik kak/cik adik....ada juga yang sound...'hemmm...tak de ke muka yang muda sikit, baru sedap mata memandang'.....habis camno???? yang muda takut nak ke depan....Alhamdulillah, nampaknya kini penyertaan staf yang lebih muda agak menggalakkan.

Auntie tetap macam tu le....pilih-pilih je aktiviti yang agak sesuai.Lagi pun, rasanya semasa muda dah puas 'menggelitik' atas padang.Kini bagi peluang orang muda pulak....itu le hakikat kehidupan kita.Yang penting kita harus memandang ke depan dengan lebih positif.

Kepada P-Nut, Auntie tabik dengan idea P-Nut tu....orang tua ni, kalau betul caranya, insyaallah berjaya dipujuk....

******************************************************************