![]() |
Terlepas.... lastnext archives newest links rings guestbook profile notes poodesigns intuitivmedia diaryland |
2004-04-16 12:27 p.m. Terlepas... Nampaknya orang-orang disekeliling Auntie kat ofis ni bukan main sibuk lagi,last minute preparation untuk ke Sarawak.Auntie just over heard that one of the QS tak dapat pergi...tak berapa sihat, she's 7 months pregnant...macam nak cari ganti orang lain...but never turn the offer kat Auntie....tak pe le..as I said I'm not their cronies... Anyway, terima kasih le pada bos Auntie yang kejap ni tadi datang offer...but its too late, so I turned down the offer...perhaps next time...(...dengan tonasi merajuk orang tua...hi...hi..) Semalam sebelum balik ofis bukan main lagi me'remind' diri sendiri nak dengar Radio 1 dalam kereta....sayang sekali bila naik kereta Cik Din bukak cerita, Auntie langsung lupa nak bukak Radio...frust betul!!Sampai rumah,sibuk memasak, mesin kain, sambil-sambil tengok cerita Philippine...pas tu baru teringat dah terlepas pulak nak dengar Radio...Ciss!!Terlepas le nak dengan suara En. Syafizan dan Puan Syafinaz... Sejak kebelakangan ni seronok pulak dok langut tengok cerita Philippine kat AStro Prime jam 5.00 sampai 6.00 petang.Baru cuba nak fahamkan jalan ceritanya. Yang Auntie suka para pelakonnya lawa-lawa belaka, baik yang muda mau pun yang dah tua...ish! Habis je cerita tu Auntie bergegas pulak dengan periok belanga didapur...sebolehnya nak settlekan kerja masak memasak ni dalam satu jam.....kemudian tengok pulak 'Kiranya Ku Tahu' kat TV3...lakunan Rosyam Noor....memang sedap le ceritanya. Cerita ni sebenarnya dulu dah ada tapi Auntie tak ikut sangat, kali ni pun dah miss beberapa episod permulaannya, nasib baik ada kenkawan kat ofis tolong bagi ulasan selari. Malam tadi juga mata susah nak lena...agaknya sebab siang Auntie tidur waktu rehat. Mata rasa mengantuk je...mungkin penangan pain killer yang Auntie telan.La ni pun rasa ngantuk juga...tapi nak cuba habiskan cerita dulu.Hari ni waktu rehat panjang... Sejak Auntie dapat sakit ni, waktu rehat hari Jumaat dihabiskan dengan melayari internet, tak pun tidur je. Kalau tidak, dulu, bukan main...kerja menyukat Jln.TAR,Sogo, Lot 10 le, KLCC...hish...merata kami pergi.Hemmm ada baiknya juga selamat duit..kalau tidak ntah apa-apa habis diborong...paling koman pun gi Mydeen...tu..time duit nak habis...cari benda-benda murah.Satu je kat Mydeen ni ramai sangat manusia bersesak-sesak....yang tak tahannya bau hangit ketiak!!! Yang seronoknya banyak barang harga dia lebih murah...kalau produk macam Mustika Ratu memang murah dari harga yang dijual di komplek. Sakit hati rasa terubat, Amir nak balik pada hari Sabtu ni, sebab Perak cuti pada hari Isnin, birthday Sultanya.Bertuah betul budak tu...cuti tak lama mana, tapi nak balik juga, mungkin ramai budak KL balik, dia pun tak nak lepaskan peluang. Auntie dah plan nak masak makanan kegemaran Amir hari Ahad ni. ******************************************************* Auntie suka juga tengok-tengok g/book yang lama-lama. Mana agaknya hilang Mak Jar yang dulu rajin menconteng kat g/book Auntie ye...salam dari Auntie. Kini, Mel pulak yang rajin singgah...bila Mel nak buat jurnal/blog sendiri ye? Selamat datang and salam perkenalan untuk cAppacino.... Liza Aini,kenapa e-mailku tidak berbalas?...sibuk ke? ********************************************************** |