Hujan Lagi.

last
next
archives
newest
email
links
rings
guestbook
profile
notes
poodesigns
intuitivmedia
diaryland
2004-04-19 12:42 p.m.

Hujan Lagi.

KL dilanda hujan lagi.Petang semalam hujan turun dengan lebatnya.Seperti biasa bila hujan lebat air yang melimpah ruah dari longkang kat belakang rumah mengalir laju masuk ke ruang dapur rumah Auntie.Nasib baik ruang dapur saja, ruang makan dan hall terselamat kerana antara dapur & dinning hall ada dua anak tangga pulak...ala-ala split level.Apa nak buat?....biar saja dan tengok saja sambil tunggu hujan berhenti dan air akan mengalir keluar.

Tak pasal-pasal dapat satu kerja pulak...membasuh segala kotoran yang dibawa oleh air hujan. Ciss!..

Bagaimana pun alhamdulillah tiga orang 'askar' Auntie mengerjakan nya, Auntie hanya memberi arahan.

Selesai kerja tu, sempat pulak pergi keJJ membeli barang keperluan dapur dan juga barang keperluan SiAmir.Amir sampai rumah pada hari Sabtu dengan menggendong beg sekolah yang penuh sarat dengan buku.....macam le dia dapat habiskan segala homework yang diberi. Dapat le dia bersama kami untuk dua hari dua malam.Auntie tak lepas peluang menginterview dia mengenai kejadian buli...'jangan bimbang, sekolah Amir tak de perkara tu semua.'

Dengan bangga Amir menunjukkan medal yang dia dapat semasa mewakili sekolah dalam permainan bola baling.Tak lupa juga menunjukkan kertas-kertas ujian dia yang pertama kali diadakan sejak dia masuk sekolah Teknik....nampaknya boleh tahan le jugak...

Pagi ni Cik Din menghantar Amir ke perhentian bas Jln. Duta.Cik Din siap ambil cuti.Auntie pergi kerja macam biasa.

Kami hanya tinggal berenam. Yang lain semuanya kini berada di Kuching Sarawak.....uwaaaaa....kami di tinggalkan tanpa pesan....

Baru nak start ngadap komputer,bekalan letrik terputus...dah le gelap gulita....katanya beberapa bhg. di KL juga sama. Hampir satu jam baru le ada semula.

Terdengar orang memberi salam.Hemmm...orang nak jumpa bos...seorang wanita...maka Auntie yang ramah tamah ni pun menyapa dia, langsung ajak duduk bersembang...lama juga kami dok pot pet....siap bertukar kad.Dia jemput Auntie melawat Kedah.Insyaallah. Dapat sorang kawan hari ni.

Telefon pulak tak henti-henti berdering....hemmm, macam mana nak tolong jawab semua yang berbunyi dari bilik-bilik yang berkunci, biarkan saja lah....

*********************************************************

Halela: K/Yan tahu, Lela memang sentiasa rajin bertandang ke sini, macam K/Yan juga le....rajin singgah ke sana....hemmm Kek tu nampak sedap!....nak cuba le jugak nanti.

Sri Diah : Waalaikum salam....Akak ni, baik-baik je...tetapi dah dua hari, kaki tak berapa sihat...nak berjalan rasa sakit...

Kak Yah : Salam perkenalan juga dari Auntie. Rajin-rajin baca jurnal/blog.....macam-macam ada!!!!

Julia : salam perkenalan juga. Wah!, mencuba buat diary juga....bagus...memang menyeronokkan, dah siap nanti, jangan lupa di war warkan boleh kami pakat baca.

Mak dara @Yong 66: Satu perkembangan baik & syabas atas daya usaha nak mengujudkan diary...cuba buat sampai berjaya. G/book Auntie buat tu free je....tak kena bayar apa-apa pun. Cari yang free dah le...

Pasal nak bagi jadi lawa tu tak susah juga...rajin-rajin cari dalam internet...senang je taipkan 'Template'...macam-macam keluar nanti pilih je, tapi ingat cari yang free...

***************************************************