![]() |
Solat Hadiah. lastnext archives newest links rings guestbook profile notes poodesigns intuitivmedia diaryland |
2004-04-28 12:29 p.m. Solat Hadiah. Dah banyak hari PC Auntie ni meragam.Puas dipujuk dia masih jugak merajuk.Nampak gayanya kena cari pakar pujuk rayu baru dia ok.Mungkin esok lusa pakar dari MIMOS akan datang untuk identify penyakit yang dihidapainya. Semalam kami ada staf meeting dari jam 9.30 sampai jam 1.00....macam biasa, bila staf meeting berbagai perkara berbangkit...semuanya yang 'panas-panas' belaka...siapa makan cili akan terasa pedasnya hingga ke hari ini.Malas le nak meriwayatkan kat sini...semuanya cerita ofis yang tak de kena mengena dengan pembaca semua. Auntie mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah kepada Saudara Ep yang telah kematian isteri tercinta pada hari Ahad lalu.Rasa juga terkilan dihati kerana tak dapat menziarah isteri Ep semasa masih berada diHUKM yang kebetulan tak jauh dari rumah Auntie...niat tu ada, tapi apa nak buat tidak kesampaian.Semoga roh Allahyarhammah di cucuri rahmat. Kalau cakap pasal kematian ni memang kita rasa insaf...hidup kita tidak lama didunia ini. Apa yang kita cari didunia hanya sementara dan akan kita tinggalkan kecuali amalah kita, amal jariah kita dan doa anak yang soleh. Selalunya bila ada kematian, kita akan baca Yasin, baca Al-Fatihah dan berbagai doa untuk yang meninggal. Tapi rasanya masih ramai lagi yang tak berapa tahu bahawa penting juga kita lakukan Solat Hadiah untuk simati. Solat Hadiah ni hendaklah dilakukan pada malam simati dikebumikan ia itu pada malam pertama simati masuk kubur. Fadilatnya sangat lah baik.Tujuan utamanya adalah sebagai peneman roh simati tatkala dia tersedar bahawa dia talah berada di alam barzah, sebabnya, telah diriwayatkan bahawa pada malam pertama itu, roh berada didalam ketakutan yang amat sangat.Dengan melakukan solat hadiah ini, insyaalah dapat meredakan ketakutan itu.Yang menghadiahkan solat itu pulak mendapat pahala yang terlalu besar...lebih besar daripada seisi alam ini.Jadi, kita yang masih hidup ini, bila ada kesempatan lakukanlah solat hadiah ini. Solat Hadiah ni cuma dua rakaat saja. Boleh rujuk dalam buku himpunan solat sunat.Paling afdal dilakukan oleh mereka yang terdekat dengan si mati seperti, anak, isteri, suami adik beradik. Hemmm...ada macam ustazah?....kiranya Auntie salah harap maaf dan tolong betulkan. Sekian untuk hari ini...esok ada cerita baru. ********************************************************************* |