Fesyen Rambut.

last
next
archives
newest
email
links
rings
guestbook
profile
notes
poodesigns
intuitivmedia
diaryland
2004-05-05 2:52 p.m.

Fesyen Rambut.

Lama sungguh cuti kali ini.Auntie dah hampir lupa nak datang ofis.Macam dah tak ingat jalan ke ofis.Cuti empat hari Auntie hanya berlegar dalam rumah, cuma semalam keluar sekejap pergi potong rambut.Rambut dah panjang mencecah bahu.

Dari dulu lagi Auntie jarang benar berambut panjang, hanya sekali sekala rambut berjaya disimpan melepasi bahu.Boleh dikatakan rambut Auntie sentiasa pendek ala-ala rambut Anita Sarawak, cuma kala saja yang berlainan.Oleh kerana rambut Auntie ni lebih banyak putih dari hitam, Si Anja cadangkan supaya Auntie kalakan putih semua macam Anita!....ishh...ngarut betul!

Kat KL ni, kedai atau salon rambut memang banyak.Tapi yang banyak adalah jenis uni-sex.Auntie tak suka le pergi kedai yang sebegitu, jadi, terpaksa cari kedai yang stail lama....yang khas untuk pompuan saja...masih ada tau.Auntie memang suka pergi kedai nyonya yang tak berapa jauh dari rumah Auntie.Harga pun murah.Gunting saja RM9/, kalau nak cuci sekali, reganya RM15/-

Bila sampai je, nyonya suruh duduk.Dia ambil beberapa majalah Cina, yang ada gambar model dengan berbagai fesyen rambut.Sementara nak tunggu giliran, Auntie pun selak dari satu muka surat ke satu muka surat. Tengok gambar Amoi dengan berbagai gaya dan stail.Yang benarnya dah tahu nak potong stail apa.Tapi tengok saja le dulu.Dalam kedai ni, ada beberapa orang pelanggan termasuk Auntie.

Macam biasa ramai nyonya-nyonya je....Depa ni kuat bersembang.Bersembang dengan suara yang agak kuat..naik bingit telinga mendengarnya.Kebanyakkan mereka ni tua-tua belaka. Satu Yang Auntie perhatikan sejak dulu ialah mereka ni sangat prihatin dengan rambut....walau pun dah tua bongkok, rambut dijaga dengan rapi.Di cuci, di potong dan di'set'kan dengan rapi, tak macam orang kita.

Masa Auntie muda-muda dulu, tempat yang Auntie suka adalah satu salon di Ampang Park, kalau tak silap nama salon tu, Freida Beauty Salon. Masa tu potong saja dah RM10/-....agaknya sekarang harganya dah berganda...maklum le itu adalah rate 25 tahun lalu.....kedai nyonya lain le...dulu rega kat kedai nyonya baru 3, 4 ringgit.Auntie stop pergi kat Frieda tu bila dia ada tukang gunting lelaki....rasa malu pulak.

Sekarang fesyen rambut dah berbagai. Dulu pun apa kurangnya.Tentu yang hampir sebaya dengan Auntie masih ingat fesyen rambut kegilaan kita pada masa tu...ingat tak fesyen Chinese Doll? Fesyen Farrah Fewcett? Amboi! masa tu setiap gadis kalau boleh nak rambut cam tu...kalau rambut panjang ramai yang suka stail Nurkumalasari....rambut lurus sampai ke pinggang!!

Ish...masa tu, tudung masih belum diperkenalkan lagi(???)

Masa Auntie tinggal bersama kenkawan boleh dikatakan selain sibuk dengan fesyen baju, kami juga sibuk dengan fesyen rambut.Yang rambut lurus nak kerintingkan, yang kerinting nak luruskan. Ada sorang housemate Auntie ni dia memang sangat suka menggulung rambutnya dengan rollers.Perkara pertama dia akan lakukan adalah mengrollkan rambutnya sebaik saja dia sampai rumah dari ofis.Dia akan tidur dengan rollers tu.Ha... pagi esok, bila bangun dia buka rollers tu...rambut dia pun bergulong cantik.

Rambut Auntie pulak tak payah di roll, sebab dia dah 'rock n roll'!

Fesyen rambut sekarang yang paling ketara adalah dengan menukarkan warnanya.Tak kira le, kulit putih ke, kulit hitam ke.....semuanya nak rambut blonde, brown, mohagany, yellow, silver...macam-macam.Trend kala rambut pulak tak terhad pada orang pompuan je, orang lelaki pun sama naiknya mengala rambut! Kenkadang bukan pasal nak nampak lawa tapi lebih nak nampak trendy.

Auntie yang dah tak tayangkan rambut pun tak ketinggalan juga...sekali sekali berambut merah atau dark brown.

Perasan tak? sekarang ni ramai kaum lelaki suka berambut pendek, malah ada yang terus botakkan. Cik Din pun suka rambut pendek, katanya rasa ringkas dan tak panas. Tapi masih ada yang suka berambut panjang macam Apek Senario dan Bandi dari kumpulan Amok(yang dok sorok muka disebalik topeng).

*********************************************************************