![]() |
Bedtime Stories. lastnext archives newest links rings guestbook profile notes poodesigns intuitivmedia diaryland |
2004-05-11 1:51 p.m. Bedtime Stories. Sambutan Hari Ibu baru saja berlalu. Entah sejak bila ianya mula disambut, Auntie kurang pasti. Dulu-dulu tak ada pun. Apa lagi waktu Auntie kecik-kecik . Tau-tau ianya begitu popular pulak sekarang ni. Kawan-kawan Auntie di ofis ni pun ada juga yang dengan bangganya mempamerkan kad-kad ucapan yang diterima daripada anak-anak masing-masing. Tak salah pun kalau kita sambut. Bagi Auntie sesuatu yang elok dan baik, walau pun berunsur atau berasal dari Barat tak jadi hal, janji selagi tidak bercanggah dengan akidah dan adat resam dan budaya kita orang Islam/Melayu. Banyak yang baik patut kita contohi walau pun datang dari Barat. Setakat ini Auntie tak le sambut Hari Ibu ini. Auntie sentiasa mengenang jasa ibu, sentiasa kalau boleh nak beri hadiah pada dia tak payah tunggu Hari Ibu. Ada orang hanya sibuk nak kan anak dia ingat dia, beri hadiah pada dia semasa sambutan Hari Ibu, sedangkan diri sendiri tak ingat pulak nak buat sesuatu untuk ibu sendiri. Mengingati ibu kita memang sangat dituntut, apalah lagi berbuat baik padanya. Sebenarnya Auntie bukan nak ceritakan pasal Hari Ibu….hemm dah tersasul pulak. Bedtime stories….asalnya dari orang putih ke? Selalu bila kita tengok cerita/filem orang putih, dia orang bacakan buku cerita untuk anak sebelum tidur….orang Melayu ada ke buat cam tu?....Ibu-ibu sekarang ada le kot buat begitu. Orang dulu rasanya tak pernah….termasuk le mak Auntie sendiri. Tetapi jangan silap, cara mereka berlainan. Masih Auntie ingat, masa kecik-kecik dulu, bila kami nak tidur mak Auntie akan buka cerita dongeng, atau lebih tepat lagi cerita kelasik orang Melayu seperti cerita Sang Kancil, Pak Pandir , Sinbad, Aldadin, Burung Geruda,Burung Bayan….tetapi ada satu cerita yang sangat kami suka dengar, cerita Anak Ayam Bogel ! anak-anak memang suka dengan cerita ini. Ceritanya begini : - Anak ayam bogel (anak ayam yang tak de bulu) satu hari sedang bermain dengan kawannya telah didatangi Pak musang.Pak musang bertanya kat mana rumah Si Bogel, Si Bogel dengan ramah tamahnya telah memberitahu arah rumahnya.Pak musang nak datang malam nanti. Balik kerumah SiBogel bagi tahu mak dia Pak musang nak datang malam nanti. Apa lagi….ketakutan le si emak….bukan main marah lagi dia pada anaknya, sebab dia tahu kedatangan Pak musang bukan le atas dasar lawatan persahabatan, tetapi adalah kerana nak membaham mereka dua beranak. Kelam kabut ibu ayam membawa anaknya mencari tempat persembunyian. Terserempak le dua beranak ni dengan sebiji labu (yang orang isi air…macam labu Sayong tu kot?)maka masuk le mereka ke dalam labu tu bersembunyi. Tak lama lepas tu terdengar le suara Pak musang memanggil-manggil…..dua beranak dalam labu mendiamkan diri ketakutan yang amat sangat. Pak musang merungut-rungut setelah mendapati rumah yang dicari telah kosong….punah le harapannya nak makan ayam. Yang peliknya, bau ayam masih ada, ayam dah tak nampak rupa.Maka melilau le Pak musang mencari….tetiba ternampak pulak labu tadi…. ‘daripada balik tak dapat apa, baik aku ambil je labu ni’ kata Pak musang. Dia pun menggendong labu di atas bahunya. Si Bogel dan emaknya ketakutan yang amat sangat….dengan tak semenanya, Si Bogel terasa nak terkentut!!!!...dia pun berbisik dengan maknya…’mak, saya nak terkentut! marah le si ibu ayam…..’jangan!, nanti Pak musang dengar, matiiii kita!.....’tapi mak, dah tak tahan ni…’ kata Si Bogel. ‘Jangan!!!! kata ibu ayam…begitu le berulang kali si ibu dan si anak. Ibu kata jangan, yang anak dah tak tahan…..akhirnya…..Si Bogel dah tak dapat nak bertahan lagi, maka terlepas le jugak…Pooooooooot!.dengan bunyi yang kuat sehingga Pak musang terperanjat dan terlepas le labu jatuh ke tanah lalu pecah… Pak musang pulak dengan ketakutan lari lintang pukang masuk ke hutan…..Alhamdulillah, selamat le Si Bogel dan ibu nya. Sekian le cerita Anak Ayam Bogel. Pesan Auntie kalau mak-mak semua nak ceritakan kepada anak-anak…cerita le dengan penuh perasaan….anak-anak Auntie ,masa depa kecik-kecik dulu suka sangat dengan cerita ini….boleh kata berulang kali tak jemu-jemu mendengarnya. Sekian adanya. *********************************************************** |