![]() |
Berita sedih lagi.... lastnext archives newest links rings guestbook profile notes poodesigns intuitivmedia diaryland |
2004-05-14 8:03 a.m. Berita sedih lagi… Dua tiga hari ni cuaca dah mula panas.Waktu balik dari ofis ke rumah, terasa sangat bahang panasnya. Air-con kereta dipasang kuat pun hampir tak terasa, apa lagi waktu malam, panas semacam. Dah lama Auntie tak cerita bab program TV…haa nak tahu? La ni Auntie tengah seronok mengikuti cerita Philpppine…”Kay Tagal” yang disiarkan melalui Astro Prima Channel 8. waktu siaranya jam 5.00 ptg. sampai 6.00ptg., kalau termiss waktu petang boleh tengok pada jam 12.30 tgh. malam pulak. So far, baru sekali terpaksa bersengkang mata sehingga jam 12.30 kerana nak tengok cerita tu punya pasal! Memang le, kalau difikirkan….apa faedahnya? Bagi Auntie, apa yang baik kita jadikan contoh, bukan semua dari TV tu tidak berguna. Lagi pun,itu le masanya Auntie berehat dan menikmati masa untuk diri sendiri….selain dari jalan ceritanya yang menarik, Auntie suka dengan para pelakonnya yang lawa & kacak macho belaka. Satu lagi, Auntie suka juga menghayati bahasanya…..tidak le kita asyik faham bahasa orang putih je. Orang Philippine ni guna Bahasa Tagalog….memang banyak persamaannya dengan Bahasa Melayu.Sejak mengikuti cerita ni, Auntie dah dapat pick-up beberapa perkataan Tagalog. Antaranya, terima kasih, disebut “selamat”. Perkataan yang lebih kurang sama sebutan dan sama makna adalah ‘tolong’ ‘anak’ ‘engkau’……. Semalam, sedang Auntie menonton cerita ni, jiran depan rumah datang ketuk pintu…meyampaikan berita sedih. Jiran selang sepintu dari rumah kami kembali ke rahmatullah setelah genap sebulan terlantar sakit (Hepatetis B & C) di HUKM. Alhamdulillah, Cik Din sempat pergi melawat dia sehari sebelum tu. Auntie cadang nak lawat dia pada hari Sabtu ni……hemmm tak kesampaian lagi. Yang sangat Auntie sedih dan sayu adalah kerana isteri Allahyarham (Cik Gu Ros) sedang sarat mengandung 8 bulan….kandung anak ke tiga. Anak sulong mereka baru darjah 4……Kami rasa agak terkilan kerana tahu allahyarham sakit hanya di saat akhir…Cik Gu Ros tak sempat nak bagi tahu kerana sentiasa berada di hospital……tidur bangun disana!....arwah koma selama 3 minggu. Malamnya, jiran yang datang bagi tahu bersama Cik Din dan seorang jiran lagi telah pergi menziarah keluarga arwah di Klang. Arwah dikebumikan selepas waktu Asar….semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin. *********************************************************** |