![]() |
Hari Guru. lastnext archives newest links rings guestbook profile notes poodesigns intuitivmedia diaryland |
2004-05-18 3:16 p.m. Hari Guru. Dalam bulan Mei ini banyak betul hari istimewa yang disambut. Baru saja lepas sambut Hari Ibu, sambut pulak Hari Jururawat diikuti dengan Hari Guru. Sebelum tu satu Negara sambut Hari Pekerja, Maulidur Rasul, Hari Wesak….penuh dengan sambutan-sambutan…..sampai tak larat nak sambut! Agaknya lah kalau setiap jawatan atau profession di sambut, mau tak cukup hari dalam setahun maklum dalam setahun cuma ada 365/366 hari je… Bayangkan jika ada juga sambutan Hari Jurutera, Hari Akitek, Hari Wartawan, Hari Pegawai Penyelidik, Hari Pensyarah, Hari Pegawai Perubatan, Hari Tukang Masak, Hari Pelayan Pejabat, Hari Tukang Sapu, Hari Tukang Kutip Sampah, Hari Eksekutif, Hari Salesman…..Hari PRO, GRO, PO, PTO….OOOO…..akhirnya semua orang tak dapat nak buat kerja kerana asyik menyambut berbagai hari sambutan. Rasa hairan juga ye…kenapa ada profession, ada hari sambutan…..profession macam Auntie ni tak de pulak disambut….hemmm…agaknya tak begitu penting dan kurang pulak sumbangannya pada Negara??...Tak kisah lah, macam Auntie kata dah tadi, kalau nak disambut semua, memang tak tersambut! Pagi Ahad lalu, Auntie dok depan TV tengok sambutan Hari Guru yang di buat secara ‘live’ meriah juga sambutan nya. Beberapa orang Guru telah dipilih sebagai Tokoh Guru. Arwah ayah Auntie juga pernah mendapat gelaran ‘Tokoh Guru bagi Negeri Perak semasa hayatnya. Guru sekarang dengan guru dulu jauh benar bezanya.Sekarang dah banyak kemudahan, tidak macam dulu. Peralatan bantuan mengajar semuanya canggih manggih. Mak Auntie mengajar darjah dua, bila time matametik (masa tu disebut Ilmu Hisab atau Kira-Kira) dia akan ajar anak muridnya membilang buah guli….guli ni dibeli dengan duitnya sendiri. Selain drp buah guli, mak Auntie juga guna biji getah dan batu sungai, dia minta anak muridnya cari dalam kebun getah dan disungai….masa tu kebanyakkan murid adalah terdiri dari budak-budak kampong, jadi tiada masalah nak mencari bahan. Selain dari batu sungai dan biji getah, boleh juga guna buluh yang diraut untuk dibuat pembilang. Masuk subjek seni atau yang dipanggil kerja tangan masa tu….alat-alatnya di bawa dari rumah jugak…ingat lagi tak gam tepung ubi?.....la ni budak-budak dah tak kenal apa itu gam tepung ubi. Kita juga kena bawak ubi kentang, pelepah betik untuk buat lukisan cetak. Hari ini, anak Auntie asyik-asyik bawa kertas warna nak jalin buat anyaman tikar. Ingat lagi tak?....kenkadang Cik Gu suruh bawak tanah liat…..part ni Auntie terpaksa buat baik dengan budak kampong, nanti depa tolong bawak untuk Auntie. La ni budak-budak guna plastercine…. Guru dulu tiada sambutan Hari Guru…..tapi kerap juga dapat hadiah drp murid-murid….tidak le barang yang mahal macam sekarang. Selalunya mak atau ayah Auntie dapat sayur-sayuran atau buah-buahan, bunga tak pernah dapat.(mungkin sebab tak boleh makan dan mungkin masa tu pengaruh memberi bunga masih belum meresap kejiwa orang Melayu…. Guru dulu….amboi!!!! garang-garang belaka, termasuk arwah ayah Auntie yang sangat terkenal dengan garangnya. Kalau dia berdehem je, budak-budak dah kecut perut…..belum lagi dia sergah. Ramai anak muridnya masih terkenangkan ‘hadiah’ yang mereka terima darinya.Sungguh pun gitu, bila mereka dah jadi orang yang berjaya, mereka sangat-sangat menghargai segala tunjuk ajar dari arwah ayah. Masa berlalu dan profession guru sentiasa melangkah ke depan dengan penuh gaya….guru selalu mendapat perhatian dari masyarakat. Menjadi guru pada hari ini mengundang banyak risikonya…..murid jadi samseng….guru dapat tempias juga, murid cemerlang, bererti guru gemilang…. Cik Gu, Cik Gu…..!...mungkin tak lama lagi Guru akan dapat kenaikkan gaji lagi……gaji Auntie dok takuk tu jugakkkk…. Anyway, jasa guru tetap kita semua kenang hingga ke akhir hayat. Selamat hari Guru untuk Cik Gu sekalian….termasuk Cik Gi Midad. *********************************************************** |