![]() |
Jalan-jalan cari makan... lastnext archives newest links rings guestbook profile notes poodesigns intuitivmedia diaryland |
2004-05-20 11:34 a.m. Jalan-jalan cari makan….. Biasanya Auntie bangun pukul 5.30 pagi.Auntie hanya bangun bila Cik Din kejutkan,jarang benar Auntie dengar bunyi jam loceng tu, tapi bila tidur sorang boleh pulak terdengar!.....hemmm….. Jika ada mood baguih….bila terasa nak masak sesuatu untuk jamu kenkawan kat ofis, Auntie akan pesan pada Cik Din suruh kejutkan lebih awal. Selalunya untuk breakfast Auntie hanya buat yang paling tersimple…..roti sapu mentega/jem/kaya…kalau rajin sikit atau awal sikit, Auntie buat jemput-jemput bawang…paling tidak pun roti celup telor, atau nasi goring,yang paling ringkas.Waktu pagi masa berlalu begitu pantas,sedar-sedar hari dah semakin cerah.Untuk minuman, Auntie sediakan teh susu dan jus oren untuk Auntie, Cik Din dan Anja…untuk Jim, air Milo. Kalau ada Amir, dia pun minum Milo juga. Sejak dulu, memang Auntie breakfast dirumah begitu juga Cik Din. Bila sampai ofis, selalunya Auntie ada ½ jam sebelum start kerja…so, tak payah buang masa makan minum…boleh spend time untuk membaca …Auntie baca quran lebih kurang 2 atau 3 m/surat setiap pagi….baca dengan volume yang paling perlahan maklum suara Auntie ‘serak-serak basah”….ada waktu hanya boleh baca kitab saja…. Kat ofis Auntie memang ada bilik makan yang agak lengkap. Kami ada peti ais, micro-wave oven, rice cooker size besar, periok electric untuk menggoreng, electric kettle, pinggan mangkok, Bahan mentah memang berbagai…ada beras, gula, kopi, bawang, cili kering,ikan bilis….kalau hari Jumaat kami siap boleh memasak…hari lain kami masak nasi je….sapa rajin boleh bawak lauk dari rumah….pakat-pakat bawak dan pakat-pakat makan…kalau tidak pun lauknya beli dikantin….sebab tu orang kat bahagian Auntie ni..susah betul nak berdiet….’godaan’ terlalu mencabar kesabaran!.....kami pun ‘sihat-sihat’ belaka! Tiap pagi bilik makan kami memang riuh rendah…ramai yang breakfast kat ofis….Auntie tak join…sebab dah breakfast kat rumah…..(mak Auntie pesan, orang pompuan kena siapkan minum pagi untuk suami, biar minuman yang pertama masuk ke perutnya adalah hasil tangan isterinya, tak sempat macam mana sekali pun kena buat juga walau pun air bujang saja!…..) Auntie orang lama….masih kekal dengan cara ini. Ramai yang kata….’eeee…husband I tak biasa minum pagi sangat….tak boleh masuk!....hemmm..apa nak buat?...sebab dah bertahun-tahun begitu…memang lah…..dah terbiasa sejak zaman bujang…..bila dah kawin pun isteri tak sempat nak sediakan. Bagi yang dah lama kawin dah terlewat untuk dipraktikkan….yang baru kawin boleh cuba try….memang mulanya dia akan kata dia tak biasa….baru-baru kawin Cik Abang akan ambil hati Cik Adik….dia pun minum le jugak …nanti isteri merajuk…..lama-lama dia dah terbiasa….dia akan tunggu kopi yang dibuat oleh isterinya juga…macam Cik Din! Sekali sekala kalau ada kawan ajak minum kat kantin, Auntie pergi juga. Kalau kita minum kat kantin….lagi le tak dapat nak kawal nafsu makan..ada berbagai jenis makanan. Auntie jarang benar cari breakfast diluar walau pun area ofis Auntie ni boleh dikatakan banyak juga tempat cari makan. Kita boleh cari kat area Klinik Tanglin…..nasi lemak Tanglin ,memang famous….. kat Lake Garden, kat Bank Negara, kat Jalan Duta…..malah ada kenkawan yang sampai ke Bangsar cari makan.Makan kat luar ni memang banyak buang masa….kalau lunch ok lah….waktu panjang. Auntie pulak bukan jenis yang suka jalan-jalan cari makan….sekali dah masuk rumah….ala hai malasnya nak keluar hanya nak isi perut…..lebih baik masuk dapur, tengok-tengok apa yang ada yang boleh ditukar menjadi makanan. *********************************************************** |