Jim.

last
next
archives
newest
email
links
rings
guestbook
profile
notes
poodesigns
intuitivmedia
diaryland
2004-05-28 10:54 a.m.

Jim.

Lama dah tak cerita pasal Si Jim anak Auntie yang bongsu. Sejak lepas bersunat pada Disember lalu, cepat betul dia membesar. Dia dah lebih tinggi dari Auntie…bukan main suka dia….walau pun dia dah besar, Auntie masih peluk cium dia….rasa macam dia masih kecil. Ada masa dia tak suka di buat begitu…dia rasa dia dah besar beno.

Sejak kebelakangan ni dia bukan main sibuk, homeworknya bertimbun-timbun…

Tiap hari Jim kesaorangan dirumah. Dia sekolah petang. Pagi, dia akan habiskan masanya buat homework dan mengulang kaji. Pukul 11.30 pagi dia akan ke sekolah.

Auntie akan ‘monitor’ dia dari ofis. Call dia setiap ½ jam sekali.

Pukul 12 tgh kelas tambahannya bermula hingga pukul 12.45 dari hari Isnin sampai hari Jumaat, jadi Auntie tak hantar dia tuition. Setiap malam Auntie akan buat ulang kaji bersamanya. Ada masa dia buat-buat malas. Ada masa, kita baru nak cari buku dia dah terlena.

Sebelum ada kelas tambahan , Auntie hantar juga dia tuition ke rumah Cik Gu Ros (jiran Auntie yang baru kematian suami) Memandangkan terlalu banyak benda yang dia terpaksa lalui, tuition ni Auntie berhentikan saja…..kesian pulak dia terkejar-kejar….masa Auntie besar dia dulu…masa begitu banyak untuk dihabiskan.

Bila difikirkan, kesian sungguh bebudak sekarang, bukan kita orang dewasa je yang sentiasa kesuntukan masa, depa pun tak cukup masa juga.

Time-table depa juga begitu padat….ada homework, ada aktiviti koko, ada kelas tea-kwan-do, ada kelas renang, ada kelas muzik, ada kelas fardhu ‘ain, kelas ngaji quran….hemmm berbagai kelas lagi..

Kadang-kadang Jim merungut juga….’letih le mak…’ Apo nak di kato? Bebudak lain pun gitu jugak….

Jim ke sekolah naik basikal.Dia uruskan dirinya sendiri. Makan, minum dan bersiap kesekolah.Bila di fikirkan, kesiannnn dia…..maknya sibuk bekerja….Alhamdulillah dia boleh berdikari. Kawan karibnya kat rumah hanya Betty…kadang-kadang dia pun tak sempat nak bermain dengan Betty.

Jim sampai rumah semula jam 6.35 petang. Ada lebih kurang 30 minit untuk dia round-round kat padang sebelum Maghrib menjelang.

Dua hari lalu, pukul 7.45 malam Jim masih belum balik dari meronda padang…..naik risau juga di hati. padang dah sunyi sepi, Jim masih belum balik. Anja dah lama sampai dari main bola. Anja di arah untuk pergi mencari…..tak lama kemudian Jim muncul…..Auntie tak cakap apa….terus je cubit isi punggungnya…..dia diam je…. sebab tahu dia dah buat silap, alasan yang diberi…..dia temankan Amirul (anak Cik Gu Ros) beli barang kat Mini Market dekat belakang rumah….memang Auntie rasa marah betul sebab hari dah gelap dan dia tak beritahu terlebih dulu kemana nak pergi seperti mana selalu.

Sekarang ni macam-macam boleh berlaku….bukan kata budak pompuan je nak di ro**l….silap hari bulan budak lelaki pun di ‘belasah’ juga!!

Kenkawan Auntie salalu cakap Auntie tak perlu risau sebab anak semua lelaki…..oooiiii….! jangan cakap le….sama saja kerisauan hati sorang ibu….tak kira apa jantina anak tu…..zaman dunia tanpa sempadan…..semuanya dah tak de sempadan…..

Auntie memang risau kalau tak tahu anak punya ‘whereabout’ hish…kalau ada le ‘remote control’ yang bila kita picit je…terus budak tu balik ….kan ke senang hati semua ibu-ibu….harapkan h/phone ni…kenkadang depa pergi off pulak….. tapi takkan le nak bermain dipadang pun nak bawa h/phone kot??.....

***********************************************************

Selamat datang dan terima kasih kepada semua tetamu yang datang berziarah ke g/book Auntie. Kepada yang baru, salam berkenalan.

***********************************************************