![]() |
Itik Dan Kura-Kura. lastnext archives newest links rings guestbook profile notes poodesigns intuitivmedia diaryland |
2004-05-29 11:08 a.m. Itek Dan Kura-Kura. Ingat lagi tak cerita ini?.Tiba-tiba teringat cerita ni. Oleh kerana mak dan arwah ayah Auntie adalah Cik Gu sekolah, maka, kat rumah kami memang banyak buku-buku.Arwah ayah seorang guru besar jadi dia banyak membeli buku-buku untuk kegunaan sekolah.Sebelum buku-buku tu sampai ke sekolah, Auntie akan ambik dan baca dulu. Buku cerita yang bertajuk Itik Dan Kura-kura ni, memang Auntie sukaaa sangat.Bukunya besar, tulisannya besar dan gambarnya berwarna.Buku ni kalau tak silap Auntie untuk bacaan bebudak darjah satu atau dua. Muka surat pertama, ada gambar itik....di bawah gambar itik tu baru le ada tulisan. 'Ini itik.Dia tinggal ditepi sebuah kolam'(gambar itik dua ekor) Muka surat dua pulak, ada gambar kura-kura (sekor saja)....di bawah gambar kura-kura ada ayat....'Ini kura-kura, Dia tinggal di tepi kolam juga' Al-kisahnya itik dan kura-kura berkawan baik. Pada satu ketika musim kemarau, kolam pun kering airnya, lalu itik dan kura-kura dah tak dapat air untuk mandi-manda dan untuk minum. Maka bermesyuarat le mereka.Apa langkah yang perlu di ambil. Akhirnya mereka sepakat untuk berpindah ke tempat lain yang ada air. Tempat yang mereka nak pergi agak jauh. Mereka mendapat satu idea.....mereka gunakan sebatang kayu....itik akan gigit dihujung kayu...sekor disebelah kanan, sekor lagi gigit di sebelah kiri....manakala si kura-kura akan menggigit dibahagian tengah.Kemudian, kedua-dua ekor itik ni akan menerbangkan si kura-kura. Sebelum berangkat, kura-kura berpesan, semasa dalam perjalanan nanti jangan sesekali kita membuka mulut, kalau kita buka mulut, alamat kita akan jatuh ke tanah. Sampai waktu dan ketika, berangkat le tiga sahabat ini....terbang le si itik membawa kura-kura, melalui kampung dan desa. Tiba di satu kawasan, ternampak le ramai anak-anak muda sedang bermain bola....budak-budak kampung pun bersorak riuh, apabila nampak itik bawa kura-kura.....sikura-kura rasa sangat marah, dia telah lupa nasihatnya sendiri...lalu dia membuka mulut dan memarahi orang-orang yang bersorak......maka jatuh le dia ke bumi menemui ajalnya..... Muka surat akhir buku ini ada tulisan besar...."TAMAT" Sekian.....cerita nenek dah habis. *********************************************************** |