Birthday Party

last
next
archives
newest
email
links
rings
guestbook
profile
notes
poodesigns
intuitivmedia
diaryland
2004-06-02 11:12 a.m.

Birthday Party

Semalam hari jadi Jim yang ke 12.Dia lahirkan pada 1/6/1992 jam 12.01 pagi, di Hospital Kuala Lumpur, HKL...dulu orang sebut HBKL..., sekarang B tu dah hilang.

Jim ni, supposed to be anak yang bongsu le pada Auntie.(kilang masih ok, tapi 'production' dah lama dihentikan...memandangkan segala 'komponan' dah agak lama dan uzur......hi,hi,ha,ha!!!)

Tidak ada apa-apa celebration atau birthday party....

Auntie hanya beli sebijik kek Blue Berry. Bawak balik rumah, sediakan minuman....then, makan le anak beranak.Auntie dan Cik Din hadiahkan dia beberapa ekor anak ikan emas idaman hatinya....itu saja...dia begitu gembira.

Anak-anak Auntie tak kisah sangat dengan birthday-birthday ni....masa depa kecik dulu, Auntie rajin juga buat makan-makan dan jemput kenkawan mereka datang. Bila depa dah besar dengan sendirinya sambutan harijadi ni jadi agak 'cool'Maka jadilah ianya sebagai family affair saja dan dah tak de sambutan lagi hanya setakat beli kek dan makan anak beranak je. Kalau harijadi Auntie atau Cik Din, kami akan pergi makan kat luar...kalau harijadi Amir atau Anja, depa lebih suka Auntie bagi duit saja dan belanja makan….buat Auntie lagi le ok….tak susah-susah….sempoi je.

Masa Auntie kecik dulu.....hemmm...langsung tak tak tahu menahu tentang birthday ni.Gitu le orang dulu dulu.Agaknya banyak perkara lain yang lebih perlu dititikberatkan, dan mungkin juga faktor 'alam sekitar’…..belum ada yang pandai menyambutnya kecuali mereka-mereka yang agak ‘westernise’…..tetapi, sekarang ni…..ha….jangan cakap le….ramai yang suka dengan sambutan harijadi ni….termasuk le Auntie sendiri….hi…hi…tapi tak pernah le Auntie buat party untuk diri sendiri lagi…..

Sesiapa yang sambut harijadi semalam atau hari ni Auntie ucapkan mudah-mudahan sentiasa didalam peliharaan Allah….selamat dunia akhirat.

**********************************************************

Kepada Sri Diah…..kecewa jugak rasanya tak dapat berjumpa di Pesta Buku….tak dapat pergi ada pulak halnya.

***********************************************************