![]() |
Lelaki vs Wanita. lastnext archives newest links rings guestbook profile notes poodesigns intuitivmedia diaryland |
2004-06-08 2:10 p.m. Lelaki Vs Wanita. Dua hari duduk di rumah memang seronok.Yang tak seronoknya bila mood Cik Din tak berapa baguih. Cik Din ni, dia jarang sekali naik angin atau marah-marah….jauh sekali nak membebel tak tentu pasal. Di kalangan kenkawan, Cik Din memang terkenal dengan sifat ‘cool’nya, dia tak banyak cakap. Cakap bila perlu saja….malah sekali imbas ramai yang kata dia ni agak sentimental orang nya :) Auntie pulak, memang berbeza darinya…selalu ceria dan ‘banyak’ mulut. Pot, pet sana, pot, pet sini. Kalau ada pendengar, memang Auntie rajin buka cerita.(bukan gossip) Dah banyak minggu, hari Ahad Auntie dok tengok Datuk Dr.Fadzillah Kamsah memberi ceramah motivasinya kat TV…berkisar perbezaan orang lelaki dan wanita. Bila difikir dan diamati memang benar dan ada logiknya. Apa yang dia sampaikan itu adalah dari pembacaannya dan juga hasil kajian yang telah dibuat oleh pengkaji tabiat manusia. Antaranya:- Orang perempuan mudah suka dengan orang, dengan wajah.(tak kira wajah lelaki, atau wajah pompuan) Orang lelaki pula suka dengan objek.(...rasanya tidak juga..) Kanak-kanak lelaki akan lebih minat kepada permainan apabila ditunjukkan kepadanya. Orang permpuan suka pada perhubungan, suka cari kawan,mesra dan mudah memberi bekerjasama . Orang lelaki lebih cenderung kepada status, ego, suka akan kehebatan. Lambat mesra. Orang perempuan lebih mudah mesra dan senang meluahkan perasaan.Bila dah mesra mudah pulak membuka rahsia diri sendiri. Bila ada best friend, kaum wanita suka menjadikan best friendnya tempat mencurahkan perasaan dan segala rahsia peribadi, ditakdirkan mereka bergaduh atau tak bertegur sapa, maka segala rahsia sudah tidak rahsia lagi. Sebab itu, orang perempuan sekiranya ‘terluka’, lukanya sangat dalam….apa tidaknya, segala perasan hati dan rahsia diri telah dicurahkan….begitu juga bila bercinta, wanita sangat setia….(tidak semua….) Lelaki tak setia ke?.....ada yang setia, ramai yang tidak. Yang di katakan setia tu…cam mana ek???? Orang lelaki….jarang meluahkan perasaan…(malah…kenkadang, dengan isteri pun berahsia…..tuuu sebab boleh kawin senyap-senyap……(kata Dr. Fadzilah) Selalu kita dengar orang kata wanita bila bawak kereta…terhegeh-hegeh…betul ke?....tak de lah….kawan Auntie bawak kereta….mak datuk! berdesubbbb…..lajuuunya…naik seriau kita. Ada juga orang lelaki bawak kereta lembab semacam! Kalau kita nak argue pasal lelaki&pompuan ni sampai bila pun takkan habis Oooo…rupanya, menurut kajian, kaum wanita agak lemah untuk mengagak jarak, keluasan, ketinggian…tu pasal, wanita agak lemah bila buat parking….sebab, tak berapa pandai nak mengagak jarak….perkara ini adalah semula jadi. Oleh itu, kaum lelaki jangan le dok perlekehkan wanita bila masalah ni timbul....dah semula jadi nak buat camno??? Satu lagi katanya, wanita juga apabila membaca peta (yang menunjukkan arah tempat) lebih mudah faham bila peta itu terbalik…..part ni Auntie pulak tak faham….Satu lagi, wanita akan lebih selesa bila sesuatu tempat yang nak dituju tu, ada landmark….umpamanya ‘simpang tiga, belok kiri…lebih kurang 1km. jumpa Masjid, belok ke kanan.’…..kalau orang lelaki menuju ke tempat yang sama,tak payah sebut Masjid pun dah boleh cari….betul ke?? (Cik Din selalu jugak sesat...) Tak tahu le….bukan semua betul…..kajian je….. Satu lagi yang menarik dan pada pendapat Auntie memang benar ialah…..orang lelaki, bila ada masalah di ofis, samada masalah kerja atau masalah dengan bos, bila balik ke rumah, dia tak akan ceria, dia murung….dengan isteri/anak pun dia dah malas nak cakap…….whereas,…..orang pompuan sekiranya dia ada masalah dengan keluarga atau dengan suami, dia tak dapat nak tumpukan perhatiannya pada kerja di pejabatnya……pulakkkk...hemm...terbalik kot!! Hemmmm…..patut le Cik Din moody semacam…..member runsing dengan beban kerja yang berlambak kat ofisnya……hi…kesiannnnn dia…..tak pe…nanti malam Auntie akan buat ‘cakar rimau’………:))…! *********************************************************** |