Balik Kampung.

last
next
archives
newest
email
links
rings
guestbook
profile
notes
poodesigns
intuitivmedia
diaryland
2004-06-15 9:30 a.m.

Balik Kampung.

Nak balik ke...tak nak?...akhirnya ambil keputusan untuk balik ke kampung pada hari Jumaat...maka Auntie pun ambillah cuti hari pada hari Jumaat.

Cadangnya nak berangkat lepas orang sembahyang Jumaat.Paginya Cik Din bawak Jim ke Jab.Pendaftaran untuk buat I.C @ MyKad.Pejabat Pendaftarannya hanyalah 5 minit perjalanan dari rumah Auntie...seawal 7.15 pagi depa dah pergi, nak dapat nombor cepat. Ada le dalam sepuluh minit meninggalkan rumah, Cik Din telefon beri tahu dia terpaksa ke Pejabat Pendaftaran yang lain...sebabnya....'q' nya dah berlengkar-lengkar dari tempat parking lagi....agaknya dia orang yang ramai-ramai ni dah berbaris dari tengah malam lagi...(p/s: Auntie belum buat MyKad)

Setengah jam kemudian, Cik Din telefon lagi...'Yan, batal sajalah nak buat I.C ni, kat pejabat ni pulak, pengambilan nombor untuk hari ni dah ditutup....orang pun tersangat ramai...macam tadi juga'.

Akhirnya Cik Din melepaskan tensionnya dengan pergi bersantai-santai dengan Si Jim...berwindow shopping.Jam 12 baru depa sampai rumah.

Auntie pulak dirumah berkemas-kemas dan memasak.Pikir punya pikir, kami tak jadi balik pada hari tu...kami sepakat balik keesokkan harinya.Amir bersorak gumbira....ada satu hari lagi dia dirumah.

Hari Sabtu, kami empat beranak memulakan perjalanan ke utara.Anja, macam biasa....tukang tunggu rumah...anyway dia juga ada OT pada hari tu.

Singgah di hentian Rawang untuk b/fast...nak makan nasi lemak....tak dapat...orang begitu ramai sekali.Hanya dapat makan kueh je..Dalam perjalanan kereta boleh dikatakan banyak almaklum cuti sekolah dah berakhir.Tujuan Auntie balik kampung pun kerana nak menghantar Si Amir.

Bila masuk jalan kampung, boleh dikatakan meriah jugak dengan buah durian....(orang Perak sebut buah deroyan)Sempat juga kami singgah membeli...memang murah..kami siap makan kat tempat tu jugak..betul-betul kat satu selekoh yang berdekatan dengan tempat peristiwa Al-Maunnah dulu....(dekat dengan kampung Tokei Pajakgadai)

Sampai rumah mak dalam pukul 1.00.....nasi sedia terhidang...kami belasah saja....cuaca panas betul. Alhamdulillah, petangnya hujan lebat...sejuk le sikit.

Hari Ahad, Auntie hantar Amir ke sekolahnya...kali pertama Jim tengok sekolah abangnya...'Jim pun nak sekolah macam ni jugak nanti' kata Jim.Selesai semua, kami terus menuju KL..sampai Ipoh, singgah pulak rumah adik Auntie Cik Mat....kalau diikutkan, malas nak menyinggah....tapi terpaksa le jugak, mak Auntie mengirim masakan lauk Daging masak hitam dan juga duit untuk cucu-cucunya kat Ipoh tu.

Alhamdulillah, kami selamat sampai KL lebih kurang jam 7.00 malam. Kereta banyak, nasib baik tak jemmed.

Esoknya, Auntie rasa malas nak ke ofis....so, telefon ofis tambah cuti sehari lagi.Seronok betullll dok kat rumah semalam....seharian berbaring-baring kat depan TV.....macam tak de apa nak buat.....berehat habis, habisan...memasak pun tidak....makan pun tidak.....petang bila semua orang dah balik baru le mula memasak....

Hemmm...rasa macam nak cuti lagi.

**********************************************************