Bernostalgia lagi...

last
next
archives
newest
email
links
rings
guestbook
profile
notes
poodesigns
intuitivmedia
diaryland
2004-06-16 4:04 p.m.

Bernostalgia lagi…..

Masa balik kampong baru ni, Auntie sempat melawat-lawat beberapa supermarket yang terdapat kat pekan Gerik tu. Dulu, pekan ni hanya ada dua baris kedai papan saja. Ada dua restoren mamak yang famous Restoren Mydeen dan juga Restoren Aziz. Ada juga sebuah kedai makan Melayu yang gah masyhurnya, Kedai Ali, terletak bawah pokok ceri, kemudian jadi Restoren Ali. Sekarang, restoren Ali dah tidak di uruskan oleh Pak Ali lagi…sebab Pak Ali dah kaya raya dia dah ada beberapa bangunan sendiri.

Satu lagi tempat yang menjadi pilihan ramai ialah, kedai Ah Seng. Kat sini juga ada Pak Cha satey….satu-satu nya tempat orang jual satey. Si Ah Seng jual ABC dan dia juga ada juke box (betul ke ni?)…peti muzik yang kita boleh pileh lagu, kemudian, masukkan duit siling. Bagi mereka yang tak punya rekod player atau radio, kat sini le depa melepak untuk mendengar lagu kegemaran masing-masing…selalunya pemuda-pemuda yankee…atau pun askar-askar yang keluar dari kem berdekatan (kem yang kumpulan Al-Maunnah pi curi senjata tu).

Masa tu tahun 60 an…lagu pun mesti era 60 an….lagu-lagu Beattles menjadi pilihan ramai. Rumah Auntie (kuarters tu) tak jauh dari kedai Ah Seng….maka dapat le Auntie tumpang dengar lagu-lagu yang sedang hits. Selain dari lagu-lagu Beattles, lagu-lagu Tom Jones dan Englebert (rasa macam salah eja je…hetam jelah…) turut juga dimainkan. Antara lagu yang Auntie suka ialah lagu ‘Pretty Ribbon’…..

‘Pretty ribbon…..tying up a little love….’…hi…hi….feeling pulak mak cik!!!

Kini, pekan Gerik dah jauhhh berbeza dari dulu. Kalau dulu kedainya hanya dua baris, kini dah berbaris-baris. Kedai papan ala cowboy dah berganti rumah kedai bertingkat. Dulu orang sana tak kenal supermarket, kini dah jadi tempat depa bersidai dan mengatur ‘date’

Hemmm..."macam-macam ada"!

Gitu le masa berlalu merobah segala Rumah lama (kuarters kerajaan) yang Auntie duduk dulu pun dah tak de lagi…dah didirikan masjid. Restoren Aziz, tempat Auntie dok beli gula-gula tahi cicak pun dah berpindah ke lokasi lain. Tapaknya sekarang dah ada replika tanduk rusa . Kini pekan Gerik juga dah ada traffic light....dulu tak de….elek pu cik!

Dok ronda, punya ronda, Auntie masuk pasar….teringin pulak nak jumpa kawan sekelas yang menjual ikan kat pasar….bertanya sana sini kat mana dia…sedih, sedih, rupanya dia dah beberapa bulan kembali ke rahmatulllah….semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya (nama dia Ishak).Kalau arwah masih ada, dia selalunya akan tersenyum simpul bila nampak Auntie….’gini le nasib saya….jual ikan je…’…hemmm dia ingat Auntie ni berpangkat besar le kot….tak dia tahu yang Auntie lebih teruk dari dia…..apa-apa hal pun dia dah jadi tokey….nampak saja comot…..mungkin duit dia banyak….sekurang-kurangnya dia dapat bagi famili dia makan ikan yang segar.

Auntie terserempak pulak dengan tokey sayur…..laaaa….dia masih kenal ngan Auntie….’haiya…Cik Gu punya anak…..apa macam….wah! lama tatak jumpa….duduk KL lagi ke Amoi?’….ish….dipanggilnya Auntie Amoi!!....kelakar pulak rasanya.

Tokey sayur ni memang dulu kawan arwah ayah Auntie…rasa sedih pulak bila terjumpa kenkawan arwah ayah…Lepas tu tak sangka terserempak pulak dengan bekas guru yang juga kawan arwah ayah….Cik Gu Mat Dahan…dia sebaya arwah ayah, alhamdulillah masih nampak sihat. Auntie tegur dia dulu, suara dia masih ceria macam dulu jugak….

Dia jugak masih ingat dengan Auntie…’apa pulak tak ingat?....kamu tak banyak berubah…’ komen Cik Gu Mat Dahan.

Selesai membeli lebih kurang, Auntie ajak pula Cik Din pergi pusing-pusing melihat-lihat tempat ‘jatuh’…Kat Grik ni, jangan surprised pulak…ada lapangan terbang….I tell you!

K/terbang MAS atau Air Asia tak landing kat sini….yang turun kat sini hanya k/terbang askar macam Tabuan atau helicopter Nuri atau k/terbang kecil macam Cessna tu.

Lapangan terbang ni memang ada sejarah buat diri Auntie….kat situ le pertama kalinya Auntie merasa naik k/terbang. Ingat lagi, masa tu ada perayaan hari jadi sultan Perak….ntah mana punya syarikat buat offer untuk rakyat jelata naik k/terbang…bukan le free, kena bayar….kalau tak silap le, dewasa RM20, bebudak RM10. Kami naik 4 orang, mak saudara Auntie dengan anaknya sepupu Auntie, Auntie dan mak Auntie…..heh…bukan main bergaya lagi kami 4 orang melayang-layang di udara!

Dua hari lepas tu. arwah tok Auntie dapat tahu yang kami naik k/terbang…bukan main marah lagi dia dengan mak dan arwah mak cik Auntie tu…..hi…hi….kami bebudak selamat…tak kena marah…mana le kami tahu apa-apa…umur baru 6 tahun., orang suruh naik, kami pun naik…..itu peristiwa naik k/terbang.

Auntie juga pernah naik gajah….naik tanpa pengetahuan mak ayah bayarannya 10 sen saja…Auntie naik bersama adik Auntie,Cik Lan…..masa tu ada perayaan juga…dah tak ingat perayaan apa…

Ada sapa pernah naik gajah?...macam tu le keadaannya zaman silam…tak macam sekarang…

Isy….nostalgia sungguh!!!

***********************************************************