![]() |
Dah Demam?... lastnext archives newest links rings guestbook profile notes poodesigns intuitivmedia diaryland |
2004-06-24 1:33 p.m. Dah Demam?..... Hari Isnin, sekali lagi Auntie ke Klinik Orthopedik bertemu-janji dengan doktor.Cik Din ambil cuti, Jim pulak terpaksa memontengkan diri untuk ke Pejabat JPN nak buat Mykad.Konon JPN nak buka pada hari Ahad, tapi bila depa dua beranak pergi pada hari Ahad ke ofisnya, tutup pulak..orang ramai tetap datang, tapi akhirnya terpaksa bersurai apabila sehingga pukul lapan, tak ada tanda-tanda ofis akan dibuka. Kali ini Cik Din bawa Jim ke JPN. Maju Junction, setelah menurunkan Auntie kat kelinik. Orang dah mula ramai.Temu-janji Auntie pada jam 10.00 pagi.Dalam pukul 9.30. nombor Auntie dah naik....sungguh bagus, belum time dah kena panggil...terus masuk jumpa doktor...kali ni dapat doktor muda seorang gadis...layanannya boleh tahan...nampak dia tahu apa yang perlu dikatakan.Dia suruh Auntie buat X-ray. Tempat X-ray tak le jauh mana... tunggu dalam 10 minit terus masuk, dah selesai tunggu lagi...adale dalam 15 minit dah dapat gambo x-ray tu...gambor kepala lutut. Jumpa semula doktor tadi, dia dok teliti gambo kepala lutut.Dia bagi suggestion untuk Auntie buat injection sekali lagi kat lutut tu....ntah le tak tahu lagi nak buat ke tidak.Dia cakap dah ada improvement. Lepas tu dia bagi ubat, plaster berubat dan cream....dan juga MC dua hari.....yes!...dapat relax kat rumah.Tahan teksi dan terus balik rumah. Oleh kerana doktor kata rehat...maka berehat le Auntie...terbaring mengadap TV...melayan Channel 15....hi...hi...apalagi Akedemi Fantasia le....Konsert pertama Auntie terlepas, sebab balik kampung....nasib baik depa siar semula, siang tengok, malam pun tengok.....ish....demam sungguh mak cik nih! Hemm...agak-agak sapa yang terkeluar dulu ye..... Nampaknya bebudah AF tahun ni lebih 'power' dari tahun lalu dan nampak lebih tertib. Rasa Auntie yang akan terkeluar adalah Fitri..(lawa budak ni..)..mungkin juga Edlin, Farah, Nurul...Adam...mungkin juga Zahid turut terkeluar nanti...sama-sama kita nantikan. 88888888888888888888888888888888888888888888888888888888888 |