![]() |
Ujian. lastnext archives newest links rings guestbook profile notes poodesigns intuitivmedia diaryland |
2004-07-07 8:24 a.m. Ujian. Dalam hidup kita sebagai manusia berbagai ujian yang telah kita hadapi dan tempuhi. Auntie sendiri telah menghadapi berbagai ujian hidup.Seingat Auntie ujian bermula dengan ujian peperiksaan disekolah....itu lah ujian yang pertama dikenali. Diperingkat kanak-kanak kita memang tak mengenali apa itu ujian, selain darpada ujian peperiksaan.... tu pun kita tak ambil pusing...almaklum masa tu masih anak-anak lagi.Bila masuk peringkat sekolah menengah baru le terasa bahang ujian ini. Selain dari peperiksaan sekolah, dah bermula ujian kehidupan, kita dah mula faham dan dah mula mengalami ujian-ujian hidup. Masuk saja alam remaja, lebih banyak ujian yang datang.Masalah pelajaran, masalah dengan house-mate, room-mate,b/friend, g/friend, masalah cinta...cinta tiga segi, empat segi...bersegi-segi (ada ke?)cinta tak berbalas, cinta palsu, cinta hampa.......dan berbagai lagi. Masalah atau ujian ini akan kekal menjadi masalah/ujian selagi ianya tidak dapat diatasi atau di selesaikan.Bila semuanya selesai maka ia tidak lagi menjadi masalah/ujian...maka hapus le segala kebimbangan, kegelisahan, kerisauan dan seumpamanya. Bagi yang berumahtangga, bukan sedikit ujian yang kita terpaksa hadapi. Ada yang terpaksa menghadapi krisis r/tangga, krisis kewangan, krisis keluarga/ipar-duai....Tak kurang pulak bila dah beranak pinak terpaksa pulak mengharung kerenah anak-anak...dari segi penjagaan sampai le kepada tingkah laku anak-anak semuanya menjadi satu ujian bagi kita. Anak, sewaktu kecil lain ujian yang kita hadapi. Bila dah besar panjang lain pula kerisauan hati mak-ayah.Pendek kata, selagi kita bernyawa, memang kita tak terlepas dari segala ujian. Apa agaknya ujian yang terbesar pernah kita hadapi dan berjaya pula mengatasinya? Buat diri Auntie...sebagai seorang pelajar telah dapat mengatasi segala ujian dalam peperiksaan samada peperiksaan yang kecil atau yang besar.... Sebagai seorang gadis...telah dengan jayanya dapat melupakan saat-saat kecewa cinta hampa. Sebagai seorang isteri,/ibu sentiasa menghadapi ujian kerenah anak-anak....+ kerenah Cik Din juga..alhamdulillah semua ini dapat di atasi dengan baik setakat ini insyaallah. Bab kerenah anak-anak ni, rasanya semua yang ada anak akan merasa perkara yang sama....nak membentuk sikap positif mereka bukan mudah....Nak menjadikan mereka 'orang' bukan senang.Kita dituntut untuk mendidik mereka sebaik mungkin...bukan saja menjadikan mereka orang yang berjaya di dunia, malah akan terus membimbing mereka menjadi makhluk yang baik disisi Allah, baik didunia, mahu pun di Akhirat. Waduh!!!...anak-anak Auntie semuanya hero belaka....memang mencabar sungguh dengan bebudak lelaki ni....kalau kita bagi arahan tak sah kalau sekali saja...mesti kena berkali-kali baru arahan diterima.....kalau si Jim, nak suruh dia mandi pun 4,5 kali baru dia bergerak...kali pertama, jawapannya...'kejap ye'...kali kedua, jawapannya...'lagi 5 minit ye'...kali ke tiga...'rilex le Mak'....ha...kali ke empat....Auntie pun bertindak....jentik sikit cuping telinga dia...haaa...baru bergerak. Auntie memang dah tak guna rotan. Dulu ada juga simpan rotan, hanya gantung kat dinding. Depa pun sikit tak takut. Hanya sekali sekala, rotan hinggap kat betis.....itu hukuman untuk yang keluar rumah tanpa izin, atau balik selepas azan Maghrib.Kini, anak-anak dah meningkat remaja....rotan bukan lagi menjadi penyelesaiannya. Hanya nasihat, contoh dan teladan saja yang patut diberi. Apa lagi kah ujian yang kita terpaksa hadapi?...bila dah tua cam Auntie ni...sakit pulak yang datang, itu juga ujian dari Allah. Auntie hadapinya dengan fikiran yang positif....setiap penyakit/sakit yang kita hadapi akan mendapat ganjaran dari Allah, insyaallah kalau kita redho dapat pulak menghapus dosa... ******************************************************************************* |