Malaysian Idol.

last
next
archives
newest
email
links
rings
guestbook
profile
notes
poodesigns
intuitivmedia
diaryland
2004-07-10 10:58 a.m.

Malaysian Idol.

Sejak kerajaan istiharkan cuti setiap Sabtu minggu pertama dan Sabtu minggu ke tiga, Auntie dah rasa macam takde mood nak kerja bila hari Sabtu adalah hari bekerja, macam hari ni...eee...rasa malas sungguh...bila agaknya depa nak istiharkan pulak cuti setiap Sabtu nih.

Kerja separuh hari ni, tak banyak yang dapat diselesaikan. Ada ofis yang kita nak hubungi bercuti pulak.Ofis swasta banyak yang off hari ni.Selalunya bahagian Auntie ni bila bekerja pada hari Sabtu kami akan adakan gotong-royong membersihkan ofis atau kenkadang mengemaskin fail-fail dan acara makan-makan.

Hari ni sunyi sepi, ada yang pergi dengar ceramah kat Wisma Tanah,(NRE)ada yang pergi meeting, ada yang langsung tak datang.Auntie yang dok kat sini dah tersengguk-sengguk mengantuk!....

Sat ni tadi cuba nak contact Si Sherry....hemmm ofis dia cuti, nak contact En. Ghani....punnn depa cuti jugak....ayoooo, mood terus hilang.Tak pe le, Auntie boleh siapkan dulu apa-apa yang nak di discus.....hari Isnin nanti baru boleh on...insyaallah.

Pagi tadi dapat berita....dah confirm bos yang ada akan bertukar mulai 16/7 nih....hiii...bermakna sudah sahih bos baru muka lama akan datang.....

Nak kena sedia carpet merah ke sambut dia datang?

Tak tahu nak happy ke nak sedih ek??.....

*******************************************************************************

Malam tadi, sebenarnya Auntie dah ngantuk, dah nak naik tidur...tapi sempat juga 'memetik-metik' TV...tertengok le'Malaysian Idol' yang sedang rancak membuat pilihan terakhir untuk mendapatkan finalistnya...amboi mak!!!bebudak yang ambil bahagian tu...ish....ramai jugak muka Melayu...tapi...cara pakaian dan cara 'membawa diri' dah tak macam orang Melayu le....nampak dah macam 'American Idol' le pulak!!....terutama yang gadis-gadisnya!...serammm Auntie tengok pakaian depa ni...belum lagi jadi 'Idol'.....dah jadi esok, ntah macam mana le pulak pakaiannya......ke....?...Auntie dah terlalu jauh ketinggalan zaman hingga tak dapat nak terima cara mereka?....ini semua adalah generasi akan datang....

Orang selalu cakap 'don't judge a book by its cover'.....ada masa kita kena jugak tengok 'cover' tu...weh!!!...no doubt yang bertudung pun banyak yang hanyut...memang tak dapat nak disangkal lagi....

Yang pelik tu...bebudak lelaki/jantan ni....pakat nangis bila tak terpilih....ish..ish....murahnya air mata lelaki!!!!

EEEE....malas le nak komen banyak-banyak...nanti ramai pulak yang marah.

Nak kena bagi tahu kat Kadir Sheik Fadzil ni....review sikit etika berpakaian ni.....

*******************************************************************************

Hemm...dah sedia?...malam ni kita tengok AF2....bebudak AF,jauh lebih baik & sopan.....harap mereka terus kekal begitu.

Rasanya malam ni mungkin Nurul keluar....Auntie suka jugak dengan budak ni...lemah lembut orangnya, suara pun not bad...tapi nak buat camno?.....orang lain lebih baik......

Jumpa lagi minggu depan insyallah.............

*******************************************************************************