Selamat Datang.

last
next
archives
newest
email
links
rings
guestbook
profile
notes
poodesigns
intuitivmedia
diaryland
2004-07-19 11:49 a.m.

Selamat Datang.

Bos baru, muka lama dah datang. Selamat datang...buat le macam dulu jugak...kami semua dah masak sangat stail dia...apalah lagi Auntie yang dah lama bersamanya...hampir 9 tahun. Dia memang seorang yang kuat bekerja, tekun teliti dan cerewet.

Hari Khamis lalu kami bagi farewel lunch untuk bos lama yang macho tu. Kami buat kat bilik VIP Riverside PWTC. Makan nasi biasa dengan lauk-lauk biasa je.Yang hadir hanya kami satu bahagian seramai 20 orang, ada 4 orang yang tak dapat hadir dengan alasan yang munasabah.

Hari Jumaat kami buat satu lagi majlis perpisahan di bilik kami dan kami jemput ketua-ketua bahagian dan juga Datuk Ketua Pengarah.Ramai jugak yang hadir. Rasa begitu singkat kami bersama bos macho ni....hanya 3 tahun.Tak sempat nak berkenalan pun, tambahan dia agak 'reserved' orangnya...sentiasa senyum, tapi kurang bercakap.

**************************************************

Malam Sabtu nonton Konsert AF2...dirumah saja tak kuasa nak bersusah payah pergi tengok live...satunya save duit, yang ke duanya...nak Maghrib kat mana hah?....nak buat sembahyang Jamak, tak cukup syarat pulak. Tapi, kalau nak buat tu tentu boleh...nak seribu daya.

Frust jugak Si Zarina tu keluar....sebab ada yang 'kureng' daripada dia boleh kekal...ahhh...bukan rezeki dia kot.

Terhibur dapat tengok Hetty Koes Endang...dulu dia pernah jadi salah satu favourite singer Auntie...lagu-lagu dia banyak yang 'meruntun jiwa' dan sangat berkesan dihati, antaranya 'Hati Lebur Jadi Debu' suara dia memang kelas!

**************************************************

Hari ni Isnin, semua orang dah tahu...ah...malasnya nak datang kerja..(penyakit biasa). Sat ni Cik Din telefon bagi tahu dia MC...sakit belakang..ish...kalau tahu Auntie pun cuti je...boleh saja berdendang sayang ngan dia di rumah ! Nonton TV sambil makan kacang.

**************************************************