![]() |
......." I Love You "........ lastnext archives newest links rings guestbook profile notes poodesigns intuitivmedia diaryland |
2004-07-24 9:30 a.m. ...." I Love You ".....! Satu KL sejuk dan dingin pagi ni.Satu KL basah dengan air hujan. Arghhhh!...alangkah enak kalau dapat terus lena saja dibuai mimpi.Kita terpaksa melawan perasaan...kalau tak kerana hujan pun kita kena bangun juga...kita ada kewajipan pada Allah dan seterusnya menjalankan amanahnya bila saja bermula hari yang baru. Alhamdulillah!! kita masih di beri kehidupan oleh NYA pada hari ini. Anja memang tak kerja hari Sabtu.Hari ni dia nak buat passport. Bulan depan Anja akan ke Guilin, China selama lima hari.Ofis tempat dia kerja hantar depa pi makan angin....semua support..makan, minum, tidur baring.....bawak duit untuk beli gula-gula je....Bertuah sungguh si Anja....Auntie hanya dapat tengok map Negeri China dan baca sejarahnya saja. Hemmm...entah bila nak sampai ke sana ye??? Jim kena pergi sekolah. Ada Teknik Menjawab Soalan dan dia wajib hadir. Selalunya Jim naik basikal, tapi hari ni kena hantar pulak hingga ke pintu kelas disebabkan hujan yang mencurah-curah.Dalam kereta Jim salam siap-siap.Dia juga minta dicium pipinya semasa dalam kereta....jangan sampai kawan nampak. "Abang Jim dah remaja, malu kalau kawan tengok". Anak-anak sekarang beruntung, dah besar panjang masih di cium ibu, tidak macam Auntie dulu....dah tak ingat bila kali terakhir mak cium dan peluk. Bila semakin dewasa dan banyak 'mendengar' Auntie buang perasaan malu, Auntie mula belajar peluk dan cium mak. Kali pertama Auntie buat macam tu mak terkejut dan mengalirkan air mata...hingga kini Auntie rasa setiap kali Auntie peluk dan cium kedua-dua belah pipinya, mak rasa sangat bahgia....lebih bahgia daripada menerima envelope berisi duit! Arwah ayah Auntie yang terrrsangat garang juga terkejut badak bila pertama kali, setelah dewasa mencium pipinya...tanpa segan silu si garang itu menitiskan air mata. Auntie buat ni sebaik saja arwah ayah minta izin untuk menikahkan Auntie dengan Cik Din.....24 tahun yang lalu. Sejak peristiwa itu, amalan ini Auntie teruskan. Adik-adik Auntie pun mengikut 'jejak' Auntie.....Hi...Hi...kakak sulong tunjuk contoh!!! Tak tahu le silap siapa...mungkin juga ibu-bapa zaman dulu tidak mempraktikan pelukan dan ciuman kepada anak-anak (kecuali semasa kecil, sebelum baligh)macam yang kita amalkan sekarang...mungkin cara dulu lain, cara sekarang lain.Sungguh pun gitu, kasih sayang kita pada ibu-bapa memang tiada tandingannya di dunia ini.Memang ibu-bapa dulu tak tunjuk semua tu....mereka sembunyi semua perasaan itu.....umpama seorang suami yang tersangat berat mulutnya nak sebut 'I love you' kat isteri.....(Cik Din, tak pernah sebut, seingat Auntie le.....Cik Mat tak tahu le sebut ke tidak pada isteri dia). Tapi semua isteri pun tahu yang suami memasing sayangggg giler isteri mereka!!! Frankly speaking, Auntie sendiri puuuuun tak pernah cakap "I Love You" kat Cik Din.....that's why, Auntie tak pernah complain pun padanya...Sendiri, sendiri tahu lah.... *************************************************** |