![]() |
Musim Exam lastnext archives newest links rings guestbook profile notes poodesigns intuitivmedia diaryland |
2004-08-03 1:39 p.m. Musim Exam. Tup tup dah masuk bulan Ogos.Cepat sungguh masa berlalu. Kadang-kadang rasa macam baru nak pejam mata hari dah siang. Macam anak Mak Andeh, anak Auntie si Jim juga nak ambil UPSR.Bezanya, si Jim anak bongsu(insyaallah)Si Abang anak sulung Mak Andeh. Jim macam biasa, relax memanjang....sikit pun dia tak heran dengan UPSR...Auntie pulak yang heran tengok gelagat dia....semakin dekat hari exam, semakin rancak pulak dia bertukar-tukar buku komik dan CD dengan kenkawannya. Pelajarannya hanya sederhana.Ada masa okeyyy. ada masa KO...Kalau dia really serius memang naik le markahnya.Cik gunya pernah report, dia terlalu banyak cakap dalam kelas dan tersangat aktif. Auntie tidak le mengharap apa-apa dari examnya...jangan teruk sangat dah le..Auntie pun dulu masa umur macam dia banyak main saja...tapi mungkin ada sikit kelebihan....selalu nak lebih baik dari orang lain, dah nak dekat periksa pulun habis-habisan. Kadang-kadang bebudak ni masa sekolah rendah dia agak slow, bila dah masuk secondary baru le dia akan manampakkan kesungguhan dalam pelajaran.Harap-harap Jim masuk golongan ini.Si Amir dulu pun macam tu jugaklah...tapi Auntie akui, Amir ni dia sikit cerdik....walaupun Auntie langsung tak harap apa-apa masa dia ambil UPSR, Auntie terkejut juga bila dia berjaya dapat 4A & 1B...hi...hi....nasib baik tak janji nak bawak pi Disneyland!!!.....kalau tidak.....pengsan Auntie!...Auntie hanya mampu hadiahkan Playstation yang dia idam-idamkan (kini PS tu dah out dated). Dengan Jim ni Auntie belum membuat janji....sebab dia pun tak meminta apa-apa...so, kita buat bodoh je.... Kat ofis ni kenkawan Auntie ramai yang punya anak yang pandai-pandai, kenkadang depa ni asyik le dok gebang akan kehebatan anak memasing....bila musim exam ni depa le yang lebih risau dari anak-anak....ada tu sampai ambil cuti berhari-hari nak tunggu anak exam. Agaknya, kalau mak-ayah pandai, mestikah anaknya jadi pandai? Seorang kawan Auntie ni dianya hanya seorang pion...tulisan dia pun macam budak darjah enam, dia ada lima orang anak....semuanya pandai belaka. Anak sulung dia sedang ikut jurusan perubatan di UIA, yang kedua ambil Law di UIA juga, yang no, 3,4 dan 5 sedang belajar di tiga buah Maktab Rendah Sains Mara. Sorang lagi kawan Auntie pun macam tu jugak, tapi tak le heran sangat sebab depa suami-isteri memang golongan professional.Setiap kali ada major exam, anak dia akan borong habis huruf 'A' tu. Tidak dinafikan bebudak sekarang memang cerdik cerdik belaka. Mungkin juga sekarang dah banyak bahan rujukkan.Zaman Auntie sekolah dulu mana ada.....harapkan nak tukar-tukar soalan dengan kenkawan dari sekolah le je....kini dipasaran...siap duit je.....kat s/khabar pun belambak soalan dan rujukkan.....sampai bebudak pun dah tak larat nak tengok..... Sebagai ibu/bapa tentu sekali kita mengharap yang terbaik untuk anak.....pesan sudah, nasihat pun sudah.....berleter sampai berbuih mulut.....akhirnya kita hanya memanjatkan doa kepada Allah mudah-mudahan diterangkan hati mereka ....dan semoga anak-anak kita menjadi cemerlang di dunia dan di akhirat. Adanya . Amin! ******************************************************************************* |