![]() |
Futsal. lastnext archives newest links rings guestbook profile notes poodesigns intuitivmedia diaryland |
2004-08-14 10:53 a.m. Futsal. Pagi ni hujan turun lagi, walau pun tak selebat mana, namun bumi tetap basah dan rasa agak nyaman juga setelah beberapa hari cuaca agak panas. Hari ni, Jim ikut ke ofis. Auntie bawa dia (secara paksa!). Malam tadi, rangkaian kenkawannya dah menalipon.....tentu ada 'pakatan sulit' mereka....tak boleh jadi, Auntie mesti 'potong' cepat, biar agendanya terbantut. Di ofis ni, dapat juga dia menghabiskan beberapa latihan kertas ujian....hemmm..macam pahat dengan penukul!. Si Anja tak kerja hari ni....sambung tidur entah sampai pukul berapa nanti tuh! Semalam, ntah pukul berapa dia balik ke rumah, kalahkan si burung hantu.....sejak akhir-akhir ni dah ada pulak aktiviti malam.....main bola ...apa kebenda ...'futsal'?....start mainnya pukul 11.00 malam....hemm...nak kata apa ye orang bujang...pening sungguh kepala emak!.... Awat depa tak main siang hah?....Anja kata "mana ada orang main siang hari?....kan ke siang hari orang pergi kerja?...siang-siang tu standard budak sekolah!!!".....hemmm ye le tu.....bila dia jadik bapak nanti baru le dia tahu betapa risaunya hati mak ayah, bila anak-anak tak balik-balik ke rumah walau pun embun jantan dah mula keluar. Perangai sapa dia ikut ha?....maknya tak keluar malam masa muda dulu....mungkin ayahnya kuat melepak dulu...syyyy...tak tahu le pulak... ******************************************************************************* Auntie ambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn.Jd yang telah bersusah payah menghantar kepada Auntie berbagai tips untuk kejayaan anak-anak dan Auntie ucapkan tahniah kepada Jd, suami dan juga anak-anak....kalau setiap orang mengamalkan cara ini rasanya insyaaallah akan berjaya (sila refer di g/book Auntie)....Rasanya tak terdaya Auntie nak mengikutnya, mungkin hanya sebahagiannya saja, malah beberapa perkara yang dinyatakan pun telah Auntie amalkan sejak sekian lama. Kita hanya berusaha.Allah lah yang selebihnya memberi rezeki dan nikmatnya. Terima kasih. ******************************************************************************* Terima kasih yang tak terhingga juga kepada Dr.Roslina dari seberang (Surabaya) dan Ummi Iin yang kini berada di German.Depa ni orang Indon....dari serumpun bangsa tapi bahasa yang agak berbeza....hemmmm...dah masuk ke blog mereka ni....tak faham dengan faham hampir sama banyak....sebolehnya Auntie harap Auntie tidak terikut gaya bahasa mereka. Salam perkenalan Dr.Roslina & Ummi Iin. ******************************************************************************* Malam ni konsert AF2 final....sapa jadi juara? Auntie sekeluarga minat dan berharap Zahid menjadi juara..... Yang lain tu sesapa pun tak pe.... undi?....sekali pun tak pernah!.....biar le bebudak muda je.... ******************************************************************************* |