Drama Tunggu Menunggu.

last
next
archives
newest
email
links
rings
guestbook
profile
notes
poodesigns
intuitivmedia
diaryland
2004-08-25 7:29 a.m.

Drama Tunggu Menunggu.

Alhamdulillah!....setelah sekian lama menyepi dan membawa diri, akhirnya Auntie bertemu semula dengan para pembaca sekalian. Bukan saja rindu nak berceloteh, tapi rindu juga nak membaca celoteh dari blog penulis-penulis semua, apa lagilah blog-blog yang selalu Auntie lawati.

Didoakan semoga semuanya sihat sejahtera dalam perlindungan dan peliharaan Allah.Kita ni, segagah mana dan sehebat mana pun, akhirnya kepada Allah juga tempat kita bergantung harap dan belas kasihan.Hanya dengan izinNya sajalah maka kita semua dapat menikmati dan menghayati hidup didunia yang serba sementara ini.Amin.

Cuti sekolah kali ni hanya seminggu.Masa terlalu pendek.Programnya terlalu padat. Jim ada kelas tambahan. Memang kalau boleh dia nak cari excuse saja untuk tidak hadir.Auntie tidak banyak menaruh harapan....tapi walau macam mana pun sebagai ibu, jauh di sudut hati tetap menghimpun doa yang beribu-ribu...biar pun dah tahu prestasi anak tu....bila ditanya berapa 'A' dia boleh dapat?....." ntah le mak Abang Jim ni tak le pandai sangat, kalau dapat 'B' tu boleh le...tapi mana tahu kot boleh dapat 'A'.....gitu le jawapannya. Tak pe le...mak sentiasa doakan yang terbaik.

Yep...sorang lagi anak Auntie ada balik bercuti...Si Amir. Amir patut sampai KL pada jam 8.30 - 9.00 malam hari Jumaat lalu.Dia naik bas pukul 4.00 ptg. pada hari tu.Auntie di rumah bukan main excited menunggu dia, rasa rindu yang teramat sangat padanya, maklum hampir 3 bulan tak dengar khabar berita.Auntie tulis surat, haram dijawabnya....telefon toksah cakap le...(sekolahnya tidak membenarkan pelajar membawa h/phone, hanya boleh guna public phone yang disediakan dikawasan sekolah).

Dalam pukul 6.00ptg., Amir telefon(suprisingly!)" mak, bas Amir baru nak bertolak, ada masalah sebab tu bas ni lambat"..Okey. Mak kat rumah bukan main happy dengar suara Si Amir.'Tak pe...selamat jalan dan jaga diri'.

Auntie sibuk le dengan segala urusan masak-memasak, siap masak juga makanan kegemaran Amir...ikan bilis goreng cili yang rangup.Sambil tu packed juga kain baju, sebab esoknya (Sabtu) nak berangkat ke Pekan. (kg. Cik Din). Anak buah Cik Din yang pertama nak kawin.

Dalam pukul 8.30malam, sekali lagi telefon berdering. Sayup kedengaran suara Si Amir, 'mak, Amir dah sampai kat hentian Simpang Pulai (atas sikit daripada Ipoh)....bas rosak!!!...hemmm pulak dah....hati dah mula rasa tak sedap.Lebih kurang pukul 11.30 malam, Cik Din yang turut sama rasa gelisah, mengambil keputusan untuk ke hentian Jalan Duta....tunggu punya tunggu, pada jam 12.00tgh.malam, akhirnya, sekali lagi Amir telefon...'mak, bas gantian akan sampai dalam masa 10 minit....suruh ayah balik tidur dulu, bila Amir sampai KL nanti Amir akan telefon lagi!!!!OOO...kesian sungguh...bayangkan dari jam 8.30 malam menunggu, dah jam 12.00 baru bas datang!!!Auntie telefon Cik Din, dia pun balik je ke rumah dan terus tidur...Macam biasa le, Auntie dah tak dapat nak lelapkan mata terkenangkan Si Amir..kesihan anakku! Penantian, memang sangat menyakitkan!...tak tahu apa nak buat, semua jadi tak kena....akhirnya, ambil wudok, sembahyang dan mengaji....tepat jam 2.00 pagi sekali lagi Amir telefon..."Mak, Amir dah sampai!".....alhamdulillah! selamat anakku! sembahyang lagi dua rokaat, ucap syukur pada Allah. Kejut Cik Din.

At last, tamat le drama tunggu menunggu ni, lega!!!Dua beranak sampai ke rumah jam 2.45 pagi......"Oh...bas Transnasional....lain kali jangan buat masalah lagi!"

Esoknya hari Sabtu, berangkat pulak kami menuju ke Pekan. Puas dipujuk, Amir tak nak ikut.Anja pulak bekerja ...lebih masa. Jadi, kami hanya bertiga, Kalau di ikutkan Si Jim pun tak nak ikut sama.Cik Din bukan main happy, almaklum nak balik kampung dia...pulak tu kami nak cuba try highway baru yang dikatakan akan menyingkatkan perjalanan lebih 2 jam...hemmm, tak jauh meninggalkan bandaraya KL, dah nampak kereta berjalan pelahan.....waduh!!!! jalan dah mula jammed!! cis!.....apo nak di kato...sampai ada tempat terpaksa berhenti terus dan matikan enjin!....rupanya ada sebuah lori treller yang melintangai jalan...patut le...sampai le kami bertemu highway baru tu baru le dapat berjalan lancar. Ok le, jalan baru, sayangnya tempat makan-makan belum dibuka lagi, tapi ada le juga orang-orang kampung ambil peluang berjual. Nasib baik bilik air/toilet dah dibuka untuk kegunaan ramai, dapat le tumpang 'melepas' dan basuh-basuh muka dan sembahyang.

Pukul 2.30, baru kami sampai kat rumah pengantin....(Cik Dinku, boleh tersesat nak cari rumah adik dia!) Kami tiga beranak dah tak toleh kiri, kanan, terus je ke meja makan....suap dan suap....kami memang lapar dan keletihan....apa lagi kami tak cukup tidur dek 'drama tunggu menunggu semalam!!'Habis licin satu hidangan kami selesaikan.Bila perut dah kenyang baru le kami nampak orang!....baru le Cik Din cari mak dia dalam kelibat tetamu yang ramai tu.Kat dalam rumah, Auntie hanya ternampak kilauan lampu dari camera saja, penuh sesak tetamu terjingkit-jingkit nak mendapatkan view pengantin.Upacara bersanding sedang on rupanya.....

Pengantin pompuan tu anak buah Cik Din cucu pertama mak mertua Auntie.Ish...seronok tengok pengantin ni....terkenang zaman dolu-dolu...:)...pinggang pengantin pompuan macam 'kerengga'..Auntie dulu pun gitu jugak le..hi..hi....la ni toksah dok tanya le, perimeternya dah berkali ganda!

Pengantin lelaki pun tak kalah juga, hitam manis orangnya, katanya orang Kelantan...bekerja di Pekan. Kalau tak silap tenaga pengajar di IKM. kat sana.Anak buah Cik Din pulak jadi jururawat kat salah sebuah hospital swasta di Kuantan. Semoga depa hidup aman bahgia dan direstui Allah.Insyaallah tahun depan mak mertua Auntie akan dapat cicit. Tok Cik Din akan dapat piut.Wah dah generasi ke5 tu..... Lepas 'piut' orang panggil apa ye?

Time kenduri-kendara ni memang seronok.Time ni le kita dapat berjumpa kaum keluarga dan sahabat handai yang dah lama tak jumpa.Ramai sepupu Cik Din yang dapat kami jumpa, masing-masing dok gelakkan antara satu sama lain, maklum semuanya dah terkeluar dari'acuan'...usia dah mengejar...mana nak lari weh!!!Dulu semua nampak segak, tampan, kacak, lawa...kini....masih segak, masih tampan....tapi dah kureng dari berbagai sudut....kalau dulu rambut hitam, kini dah puteh/blonde, (ada juga yg.berambut jarang) dulu pinggang 22-28....kini dah....36-40!

Selesai majlis, kami berangkat pula kerumah mak Cik Din. Cuaca memang panas.Ramai adik beradik Cik Din 'berkhemah' disini.....waduh!...kami terpaksa cara 'pot' lain....nasib baik dapat satu bilik di satu resort yang baru dibuka, setelah bertanya kesana kemari, semuanya 'full huose'....penangan kenduri kawin.Kat rumah rehat, telah dibook semua bilik oleh rombongan pengantin dari Johor. Kat Polo Inn juga fullly booked....

Dapat saja kunci bilik, kami tiga beranak, squeezed atas satu katil dan 'pengsan' sampai waktu maghrib!...malam lepas cari makan je terus saja tidur sampai pagi.Lepas breakfast terus je ke rumah mak Cik Din dan lepak sampai pukul 12.00.lepas tu kami menuju ke Kuantan pulak ka rumah sepupu Cik Din yang mengawinkan anak jugak!...hah! makan free lagi le....lepas makan kami terus menuju ke KL.Alhamduliilah selamat sampai jam 4.30 petang.

Auntie bercuti pada hari Isnin dan Selasa......macam selalu yang terjadi...bila Auntie cuti je ada saja panggilan telefon dari pejabat....bertanya pasal kerja....menyampah betul...macam le orang lain tak boleh nak selesaikan....Cis!.....macam le kita ni pegawai besar.....tu le....jangan kata orang tua tak guna....bila tak de nak refer kat sapa hah?

Bila kita nak ajar tak nak belajar, bila dah stuck cari kita sampai ke lubang cacing.

Wokeh, hari ni dengan segala sukacitanya diumumkan segala big bos kat bahagian Auntie ni bercuti.....yahuuuu.....!Acara bebas le kita!

Jumpa lagi esok.

******************************************************************************