![]() |
Sunyi lagi.... lastnext archives newest links rings guestbook profile notes poodesigns intuitivmedia diaryland |
2004-08-27 10:43 a.m. Sunyi lagi... Seperti yang Auntie telah kata di entry yang lalu, Auntie sedang bersukaria dengan 'acara bebas'....dari pagi tadi, Auntie hanya tinggalkan kerusi ini untuk ke toilet dan ke bilik makan je, selebihnya memang melekap saja kat sini.Mungkin juga akan terus-terusan disini hingga jam 4.30 petang nanti. Auntie tak buat kerja?....memang betul!...semua kerja yang di arahkan telah selesai di'kerjakan'.Bos-bos ramai yang cuti. Bos Auntie pulak pergi Ke KK, Sabah, menghadiri Seminar Pegawai-Pegawai Kanan. Yang tinggal hanya 'Pegawai-pegawai Kiri' je....depa pun nampaknya asyik 'menghilangkan' diri.Ofis senyap sunyi, seolahnya bila tarik nafas pun boleh kedengaran..... Takut juga kalau-kalau terlepas 'angin'!!! :) Auntie adalah antara yang selalu jadi 'penunggu' ofis, selalunya bila 'si kucing' tiada, 'si tikus' bukan main lagi. Auntie memang tak suka kemana-mana, biar pun dah tak de kerja, Auntie lebih suka duduk je mengadap komputer atau membaca.Kalau keluar waktu ofis, terasa sangat pulak guiltynya, apa lagi kita dah tua begini, kena tunjuk contoh yang baik untuk yang muda-muda, sebab itulah agaknya, banyak call yang masuk terus saja ke talian Auntie ni, Auntie jadi konsultan le pulak sejak dua tiga hari ni....banyak juga khidmat nasihat yang telah di berikan....hemmm....setakat yang Auntie tahu boleh le jawap, agak-agak yang komplikated sikit , Auntie suruh je depa call next week bila bos-bos dah balik nanti. -------------------------------------------------------------- Malam tadi, walau pun rasa malas yang amat untuk keluar, Auntie keluar le juga demi anak-anak.Macam-macam nak dibelikan untuk si Amir yang dah nak balik ke asrama pada hari Ahad ni.Antara yang wajib di beli ialah stokin, tali kasut, T-shirt putih(kerap hilang/kena kebas)selain dari tu, makanan jugak wajib. Amir ni senang je...kueh-kueh dia tak minat, so Auntie belikan dia berbagai jenis biskut & coklat dan tak lupa juga mee maggie. Amir juga dah pandai nak kan barangan penjagaan diri, kalau dulu dia cuma kenal gel rambaut, balik kali ni dia dah mula minta pencuci muka dan juga gel jerawat.....aha....satu perkembangan yang positif, anakku dah mula masuk ke alam remaja. Si Jim pun nampaknya menyibuk jugak, dia nak kan jaket....terpaksa le belikan jugak, kalau si abang dah ada, adik pun tak kan lepaskan peluang. ---------------------------------------------------------------- Insyallah esok dan hari Isnin Auntie akan bercuti. Banyak betul urusan r/tangga yang belum beres. Nak kemaskan kain baju si Amir. Nak pastikan barang-barang yang nak dibawa cukup semuanya. Hemmm...dulu mak Auntie siapkan untuk Auntie, kini giliran Auntie pulak....memang sejarah berulang-ulang.... Mak Auntie dulu, dua tiga hari lagi Auntie nak balik ke asrama, berbagai le dia siapkan terutamanya makanan. Yang selalu dia buatkan ialah, pulut wajik(katanya boleh tahan lama dan boleh sedekahkan kenkawan), kek - sudah pastinya. Sagun punnn buat juga.....rendang pun ada, hatta ikan bilis pedas kegemaran Auntie dan dah jadi kegemaran Amir pulak sekarang.Bukan senang Auntie nak menjinjing segala bala tu, mana nak bawak beg baju lagi beg buku lagi....nak ditolak takut mak kecil hati, mau tak mau pikui jugak le!. Auntie dulu bila balik ke asrama, bukannya dihanto dengan kereta....maklum, masa tu bukan mudah dari Perak nak nyampe ke JB, mana ada highway cam sekarang. Kalau berkereta pun kena transit kat KL semalaman dulu... Auntie pergi balik ke JB menaiki keretapi Tanah Melayu. Dari rumah, mak-ayah hanto ngan kereta ke station Kuala Kangsar. Naik pukul 11.00 pagi sampai KL jam 6.00 petang. Turun keretapi dan 'berkhemah' dulu di station KL.Kalau ada sedara jemput, boleh ikut balik. Jam 9.00 malam pulak baru naik keretapi menuju JB. Subuh-subuh esok baru le sampai JB.Masa ni le rasa azab nak memikui segala buah tangan yang mak sediakan.....tapi heret jugak....bila dah sampai asrama nanti, baru le rasa berterima kasihnya pada mak yang bersusah payah siapkan semua tu.....kalau tidak, terpaksa le 'menjeling' buah tangan kenkawan je.... ish...rasa sayu pulak bila teringat kisah ni.... Nak tahu, bila sampai asrama je perkara pertama yang Auntie buat ialah pi basuh tangan dan basuh muka.....uwekkkk....berbau asap keretapi!!!....muka pun berjelaga!!Blouse yang putih pun jadi kehitaman!!! Jauhhhnya beza dulu dan sekarang.Anak adik Auntie, Miss Sarah,pun bersekolah, sekolah yang sama....tapi kalau cuti, adik Auntie Cik Lan tempah tiket k/terbang untuk balik kampung.( Miss Sarah baru je habis konvo semalam - UiTM) Tak hairan le bebudak sekarang cerdik-cerdik dan bergeliga otaknya bila belajar.......Tapi, awas!...kenkadang masa belajar bukan main baik bijak bestari, bila mula ke alam pekerjaan situasinya boleh berubah. ---------------------------------------------------------------------- Sebelum terlupa,ada request daripada Iin, nak kan resepi ikan bilis goreng cili.(harap Iin dapat memahami Bahasa Malaysia ya) Untuk Iin ini resepinya. Mudah sekali ( Bahasa Indon nya - gampang sekali!) 1.Ikan bilis dibersihkan. (kuantitinya - suka hati lah) 2.Cili kering diblend halus bersama bawang putih dan bawang merah.(atau ditumbuk) 3.Dua sudu besar gula. 4.Air perahan asam jawa. Cara memasaknya : Gorengkan ikan bilis hingga garing/ranggup.Asingkan dari kualinya. Tumis cili kering yang telah diblend tadi sehingga cili masak, masukkan air asam. Biar mendideh, dan biarkan agak kering sedikit. Tutup api dapur. Masukkan bilis tadi. Masukkan gula. Gaul hingga sebati. Ngak usah taruh garam.....nanti, kok masin dong!!!! Selamat Mencuba.! ----------------------------------------------------------------------- Kepada semua pembaca sekalin. SElamat Menyambut Hari Merdeka. MERDEKA! ...... MERDEKA!......MERDEKA! p/s : Dah pasang bendera? ------------------------------------------------------------------------ |