![]() |
Kerja Semula. lastnext archives newest links rings guestbook profile notes poodesigns intuitivmedia diaryland |
2004-09-01 7:34 a.m. Kerja Semula. Hari ni kadatangan k/tangan dah kembali seperti biasa. Hari ni juga bahagian Auntie (QS Section)menjadi host untuk perhimpunan pagi yang diadakan setiap bulan. Kami akan ditugaskan untuk mengacarakan majlis dan juga mnyampaikan tiga buah lagu.(Negara Ku, Perkhidmatan Awam dan lagu Jabatan). Sejak sakit lutut ni Auntie dapat excuse tak payah nak nyibuk sama, so, selalunya Auntie duduk diam-diam kat dalam ofis je. Kali ini adalah kali pertama kami semua pakai baju sedondon. Baju batik sutera dari Terengganu dan kain tudung biru laut. Bagi Auntie pegawai kecik ni,baju kami di sponser oleh pegawai besar.Depa jugak dengan baik hatinya telah sponserkan brooch yang dibeli khas dari Sabah...cantik juga....ada mutiara lagik! Terima kasih daun keladi. Semoga Allah menambahkan rezeki mereka. --------------------------------------------------- Si Amir telah selamat Auntie hantar balik ke asramanya. Hari Sabtu, lepas kerja kami menuju ke destinasinya. Rasa macam nak balik berhari raya pulak. Apa tidaknya punya le banyak kereta diperjalanan. Lebih terasa bila melewati perhentian PLUS.Nak berhenti pun dah tak de tempat. Kat toilet tu toksah cakap le...Q bukan main panjang. Hari Ahad, lepas makan Auntie ngan Cik Din hantar Amir ke asrama.Jam 2.30 ptg. sekolahnya buat meeting PIBG. Ini kali pertama kami hadir.Cik Gu-Cik Gu kat sekolah ni baik-baik belaka, ramah tamah, baik lelaki mahu pun pompuan. Auntie sempat juga berkenalan dengan Pengetua sekolah.Nasib baik le meetingnya tak meleret-leret....semua straight to the points...kejap je dah beres. Sorang cadang, sorang sokong...sorang cadang, sorang sokong....dalam masa 1 jam selesai. Lepas meeting, jumpa pulak guru kelas untuk dapatkan result periksa Si Amir....hemmm...boleh tahan juga....memang Auntie ngan Cik Din terkejut.... nampaknya Amir tak sia-siakan harapan kami, mudah-mudahan dia terus cemerlang. Lepas meeting kami terus je balik ke KL. Cik Din kerja hari Isnin dan Jim akan bersekolah . Auntie yang malas ni....sambung cuti.Cuti pun bukan bermakna duduk-duduk menyangak je...nak kena mesin kain baju, mengemas rumah, memasak. Dah lama Auntie tak mengemas kabinet kat dapur tu.....hemmm....nampaknya lipas bukan main banyak lagi. ----------------------------------------- Semalam buat apa ye?...malamnya, tengok konsert...kat TV je..bukan tengok sangat pun sekadar meneman Si Jim saja. Kami nak tunggu detik 12 malam nak tengok bunga api kat KLCC, tak payah ke sana, tengok dari depan muka pintu je dah nampak. --------------------------------------------- Hari ni dah mula bekerja...dah cuti lama rasa liatnya nak datang kerja! -------------------------------------------- Sessi menjawab soalan: 1) Sri Diah - Ikan bilis bercili padi?...huh!....pedas giler tuh! 2) Jubeiz - Ha....itu le peranan mak. Mungkin Auntie jugak akan buat macam tu bila Si Anja nak ke China bulan depan ni. 3) Nonie - Sambal bilis ni, kena gaya buatnya memang tahan lama dan selalunya boleh menyelamatkan keadaan. 4) Ilah - Memang le, kalau kat asrama yang tak sedap pun jadi rebutan...sekejap je licin!! 5) Zar - Zar, jangan tak tahu, K/Yan ni pegawai kecik je, so, t/jawab pun kecik juga.....(gaji....lagi le kecik!)sebab tu boleh saja rilex bila bos tak de. Pasal ceramah tu, tak dapat nak pergi, sebab hari tu ada pulak kerja urgent yang perlu disiapkan....(kenkadang pegawai kecik pun buat kerja ngalahkan pegawai beso!....:)) -------------------------------------- |