![]() |
Cuti lastnext archives newest links rings guestbook profile notes poodesigns intuitivmedia diaryland |
2004-09-11 7:28 a.m. Cuti. Assalamualaikum!....alhamdulillah,bertemu lagi dengan para pembaca sekalian. Auntie mengambil cuti panjang. Auntie sihat-sihat saja.Jim menghadapi UPSRnya.Ini adalah kali pertamanya Auntie mengambil cuti kerana anak nak ambil exam, ntah le tak tahu apa sebabnya Auntie berbuat demikian, mungkin lebih kepada nak memberi moral support kepadanya. Jim, macam biasa, seperti yang telah Auntie khabarkan....cool & relax saja,lagi dekat examnya menjelang, lagi relax pulak dia....malah, malam nak exam pun dia sempat lagi bermain play stationnya.Auntie tak kuasa nak press dia sangat....harapkan ulangkajinya di kelas tambahan, dan sedikit sebanyak yang dibuat sendiri dirumah. Setiap kali balik dari examnya....dia macam biasa saja. Bila ditanya macam mana exam....jawabnya...'hemmm....ada senang, ada yang susah....semua dijawab, tapi tak tahu le betul ke tidak?' Yang dia sibuk, 'apa hadiahnya kalau dia dapat A?...kalau dapat B?....' Auntie tidak berjanji apa-apa pun...sekadar memberi tahu, dia akan dapat apa yang abang-abangnya dapat dulu...sama saja... ************************************* Semalam, Auntie dah mula bertugas. Sampai saja, atas meja dah penuh dengan fail dan surat-surat, tak ketinggalan juga pesanan-pesanan panggilan telefon.Ada juga satu bungkusan.Auntie belek satu persatu, ada surat yang sepatutnya dijawab dengan segera, tapi sapa pun tak peduli nak ambil tindakan....surat simple macam tu pun nak tunggu kita juga buat?...sabo je le!! Ah!...pedulikan...yang menarik perhatian, bungkusan tu...bila dibuka...ada dua helai kain tudung.Sehelai, tudung sutera berbunga 'Made In China'...lawa dan manis sekali. Satu lagi, buatan tempatan dengan bunga bersulam berbatu lip-lap,lip-lap warna kuning.Ada juga secebis nota,'Terima kasih atas kerjasama puan selama ini, kami sangat menghargainya'....laaa....tak sangka, ada juga orang kenang!....Terima kasih daun keladi!. ************************************* Banyak urusan r/tangga yang tergendala selama ini dapat dibereskan sepanjang percutian Auntie. Banyak juga program di TV dapat diikuti. Antaranya Majlis persandingan Putera Mahkota Brunei yang dibawa secara live oleh Astro...lawa pasangan diraja tu...macam fairy tales saja....tetamu-tetamu diraja pun hebat-hebat belaka...nampaknya, boleh dikatakan wanita-wanita Brunei ni, lebih banyak yang bertudung dari yang tidak.Puteri-puteri Sultan pun semuanya bertudung..manis-manis belaka. Hemm.....bila agaknya Raja Muda Perak tu nak kawin ek? *************************************** |