Nasi Lemak Buah Bidara..

last
next
archives
newest
email
links
rings
guestbook
profile
notes
poodesigns
intuitivmedia
diaryland
2004-09-14 7:37 a.m.

Nasi Lemak Buah Bidara.....

"Nasi lemak, buah bidara'

sayang selasih, hamba lurutkan,

tinggal emak, tinggal saudara,

kerana kekasih, hamba turutkan "........

Itu di atas, hanyalah pantun. Anak-anak, adik-adik semua, jangan lah ikut pula ...kekasih boleh dicari, satu pergi, sepuluh mari....;-)!!!

Hari ni Auntie nak bagi satu resepi yang semua orang dah tahu....tapi atas permintaan seorang sahabat yang jauh di tanah Hitler, maka Auntie peturunkan resepi Auntie yang tak sepertinya ini.....( Iin, harap kamu tidak kecewa lagi ya...)Bagi kami di Malaysia ni, masi lemak adalah makanan yang sangat popular.Dulunya hanya dibuat untuk sarapan pagi saja, kini nasi lemak tidak saja dimakan diwaktu pagi, malah sampai kemalam juga orang sentiasa mencri nasi lemak.

Bahan-bahan untuk nasi.

1. 2 cawan beras, dicuci bersih dan toskan airnya.

2. 1 cawan, santan cair.(coconut milk)

3. 1 cawan, santan pekat.

4. 2 ulas bawang merah - dipotong nipis.

5. 2 ulas bawang putih - dipotong nipis.

6. 1 cm. halia - dipotong halus atau di ketuk saja.

7. kulit kayu manis, bunga lawang, sedikit halba.

8. garam secukup rasa. Sedikit serbuk perasa(jika suka)

9. sehelai daun pandan.

10.sebatang serai.(diketuk)

Caranya : masukkan semua bahan di atas kedalam periok (rice cooker).Dengan menggunakan rice cooker, nasi menjadi lebih mudah dimasak.Janganlupa petik suisnya....nanti ditunggu-tunggu, nasi tak masak juga!.

* - perlu ambil perhatian, ada masanya nasi agak keras, ada masa agak sedikit lebik, jadi, mesti pandai mengagak banyak mana santan yang diperlukan....ikut jenis beras, ada beras hanya perlu sedikit air saja....awas ya...

(Iin, sekiranya bahan no.7 tu susah didapati....boleh saja dimasak tanpa bahan tersebut,yang pentingnya bahan no.1,2,3,4,5,6 & 8).

Nasi lemak sedap dimakan bersama sambal tumis ikan bilis atau udang, atau sotong. Sediakan juga telur rebus dan timun.Kalau ada ayam goreng lagi enak dong!.

Kepada Iin, selamat mencuba.Kepada pembaca budiman yang lain boleh juga cuba, tapi kalau ada yang lebih baik resepinya boleh juga kita kongsi bersama.

***********************************

Semalam Auntie ke klinik Ortopedik HKL, lagi. Jumpa doktor. Rasanya inilah lawatan ke klinik yang paling boring....orang kiri kanan yang langsung tak friendly walau pun Auntie dah membuat mukadimah untuk beramah mesra...Auntie yang kuat bercakap ni rasa macam orang bisu le pulak....akhirnya Auntie pergi ke kaunter depan beramah mesra dengan para jururawat..... :)

Dah jumpa doktor, cerita lebih kurang....macam biasa doktor bagi M.C. Ambil ubat, lepas tu terus cari teksi untuk balik rumah.Hemmm...pemandu teksi pun 'bisu' juga rupanya!......dah dekat nak sampai baru dia bercakap...agaknya mulut dia telah terkunci....maklum Auntie yang sekali-sekala naik teksi dah baca berbagai 'mentera'...hi!....hi!.....takut punya pasal....!

Sampai rumah, Anja dah bangun mengadap TV.Dia pun ber MC juga. Dah masuk lima hari berlengkar kat rumah. Anja jatuh motor. Dia terbabas, kena langgar dengan sebuah kereta Kancil malam Khamis lalu. Alhamdulillah tidak le seserius mana, hanya jari kelingkeng dan ibu jari kakinya luka dan kuku terpaksa dicabut keluar. Ongkos perubatan dan juga untuk baiki motor kapcainya dibayar oleh Cina pemandu kereta Kancil tu.Boleh tahan juga le Anja punya baran membuatkan Cina tu menyerah kalah dan sanggup membayar ganti rugi.Hari ni dia dah bekerja semula, terpaksa pakai selipar saja.Lega rasa hati bila dia dah bekerja semula, kalau tidak, asyik berlengkar kat rumah...macam ular senduk je, makan, tidur,makan tidur....

Jumpa lagi esok....insyaallah.

************************************