Ibuku.

last
next
archives
newest
email
links
rings
guestbook
profile
notes
poodesigns
intuitivmedia
diaryland
2004-09-17 1:42 p.m.

Ibuku.

Sejak akhir-akhir ini, Auntie perasan sendiri....Auntie dah tak berapa aktif mengupdate jurnal ni.Selalunya rasa malas, tak ada mood...kadang-kadang tak de idea juga.Auntie selalu fikir, kalau tak de satu topik yang bagus tak payah update le. Ada masa tu, bahan dah ada tapi tak berkesempatam pulak. Dah seminggu ni Auntie agak sibuk pula. Bila bos banyak kerja, kita pun tempias juga.

Kita dah pun masuk ke bulan Syaaban, pejam celik, kita ada sebulan saja lagi nak berpuasa.Cepat sungguh masa berlalu. Kaum wanita semua dah bayar'hutang' ke?....Auntie ni ada le lagi beberapa hari untuk dilangsaikan. Selalu juga kena tegur dengan Cik Din kerana melengahkannya.Auntie ada sebab....Auntie suka membayar 'hutang' dalam bulan Rejab dan Syaaban....bila mood bagus, buat lebih dari hutang.Hari ni juga pada asalnya nak puasa, tetapi semalam telah dihebahkan ada orang nak belanja pulak....rezeki jangan ditolak.

Semalam, selesai saja menonton'Kay Tagal' Auntie telefon mak. Semalam hari jadi mak Auntie yang ke 76.....alhamdulillah, kalau ikutkan, dia masih sihat le....tidak nyanyuk..masih macam dulu, masih kuat berleter!!! Mudah-mudahan Allah panjangkan umurnya dan sihat sentiasa....

Perasan tak, kadang-kadang bila kita bersama orang tua, kita rasa macam tak puas melihat telatah mereka....macam kita tengok telatah budak kecil juga...rasa macam tak jemu-jemu apa lagi kalau umur mereka dah begitu lanjut.

Masa Auntie balik bercuti (Cuti Merdeka)Auntie terasa benar mak Auntie dah begitu tua....kesian dia...mukanya yang tua, tenang dan nampak ceria....jari-jarinya dah berkedut-kedut...menggenggam duit yang Auntie hulurkan sebelum berangkat balik. Itu lah jari jemari yang menyuap Auntie tak kala kecil dulu,itulah juga jari yang mencubit bila ada kesilapan berlaku, itulah juga jari-jari yang menggosok punggung kita!....siapa lah kita yang nak berlagak dengan ibu yang telah dimamah usia ini? Tak de dia tak de lah kita.

Mak Auntie dah berpencen sejak 1983, dah lama, dah 21 tahun.Dia bekas guru sekolah rendah. Tiap-tiap bulan dia masih nak ke BSN ambil pencennya, dia kata selagi dia larat, dia nak ambil sendiri. Dia akan tunggu depan pintu BSN, sebelum pintu dibuka....dia datang lebih awal dari penjaga pintu bank.Dah dapat duitnya dia akan ke kedai runcit yang dia biasa pergi....dia akan beli berbagai keperluan dapur seolahnya ramai yang tinggal bersamanya. Bila ada banyak stok makanan dirumah baru dia senang hati....dia selalu kata 'mana tahu kot ada perintah berkurung ke?...' kami anak-anak hanya tersenyum je...:)....janji dia happy.

Mak Auntie memang berdisplin...semua kerja dibuat ikut time. Jam lima bangun dan buat excersice ringan dalam rumah, atas katil, lepas tu baca Yasin, lepas tu solat subuh dan mengaji sampai hari terang.Lepas breakfast, baca paper, baca kitab...lepas lunch tidur sekejap. Dia memang tak suka bertandang ke rumah jiran atau sesapa pun kalau ada sebab tertentu baru dia pergi.Banyak masanya dihabiskan dalam rumah saja.

Semoga Allah merahmati hidupnya. ********************************************