Beban.

last
next
archives
newest
email
links
rings
guestbook
profile
notes
poodesigns
intuitivmedia
diaryland
2004-09-29 1:34 p.m.

Beban.


Kita dah nak masuk ke bulan Oktober, dah pun nak habis tahun 2004 ni....looking back, tak banyak pun pencapaian Auntie hingga setakat ini, yang banyak hanya komplen dan rungutan.....tahun depan akan bertambah umur....masih ada ke lagi aku ini?
Kalau Auntie seorang penulis yang berkalibor, mungkin jugak dah mengabiskan dua atau tiga novel untuk tahun ini saja. Tapikan, kalaulah jurnal ni boleh diambil kira, nampaknya adalah juga penghasilannya....
Hari ni kat ofis Auntie, kami adakan satu lagi majlis perpisahan untuk dua orang staf kami yang akan bertukar. Sorang tu balik ke tempat asalnya (bukan ke kampung dia,...bukan)...hanya balik ke bahagian/unit lamanya.Dia hanya dipinjamkan ke bahagian kami. Yang sorang lagi tu PA bos kami, bertukar ke Shah Alam.
Macam biasa le ofis gomen ni asyik acara makan saja, tapi kami tak makan dengan duit gomen, kami ada kelab sendiri.Bos kata makan yang ringan saja. Ikut selera bos. Dia suruh order nasi ayam je. Tambah dengan puding, buah-buahan, minum dan juga sebijik kek untuk hari jadi PA dia tu yang kebetulan pada hari ini jugak. Macam biasa ada saja yang macam nak komplen...'tak best le makan nasi ayam' Auntie kata menu bos yang pilih.Tapikan ...tadi masa makan nampak ramai yang pakat tambah...dan semua orang pun kenyang semacam jugak.
Kedua-dua yang diraikan kami hadiahkan pen Parker sorang sebatang....mulanya nak bagi frame yang ada ayat Al-Quran tu, tapi yang sorang tu kata takmo, sebab dah ada banyak kat rumah dia, dia nak pen....so, kami beli pen le ....sekarang ni kalau nak bagi hadiah boleh tanya dulu nak apa....
Hemm...perut dah kenyang rasa mengantuk pulak....kerja dah menimbun, bos Auntie kena berkursus pulak...kursus PTK,bukan main frust lagi dia sebab tak dapat balik ke Kelantan jumpa anak isteri macam selalu, dia terpaksa mengabiskan kursus tu lebih kurang 3 minggu. Ayo, dia dah pergi...apa yang ada atas meja dia, dia sudah angkut letak atas meja Auntie....rasanya bahu Auntie yang kecil ini tak dapat nak tanggung beban yang diletakkan....aduhai....!

***************************************

Liza Aini dah respon. Liza, harap maaf, PC ni masih belum dapat menerima E-mail masuk.

***************************************