![]() |
Staf Baru. lastnext archives newest links rings guestbook profile notes poodesigns intuitivmedia diaryland |
2004-10-01 1:56 p.m.
************************************************ Dah dua tiga hari kat ofis kami ada pendatang. Katanya seorang Lawyer dari pejabat peguam di Putrajaya, sibuk sekali cari maklumat untuk kes yang hendak dibawa ke mahkamah.Kes ini dah berlarutan bertahun-tahun.Kes kontraktor lari tak siapkan kerja. ********************************************** Auntie kelaparan. Dah nak menapak ke kantin, terhidu pulak ayam goreng.....imgatkan hanya lamunan, rupanya kenyataan....Pn. Limah buat announcement.....dia belanja KFC....jemput semua orang makan.Auntie berpatah balik tak jadi ke kantin. Dengan bersemangat kami makan, sayangnya hanya sorang seketul...ramai yang merungut tak cukup!!!....Auntie pun rasa macam tu, lekat celah gigi je....tapi tak pe le, orang belanja....La ni perut dah lapar balik...macam nak pi cari apa-apa yang patut. ********************************************* Setelah sekian lama menunggu giliran, malam ini atau awal pagi esok, insyaallah Anja akan berlepas ke Guilin, China, sepatutnya dia dah terbang bulan lepas lagi, tetapi bosnya tukar pulak tarikh. Kata Anja, group dia adalah group yang ke 11 daripada 13 group yang terbang kesana. Dia akan berada di sana sehingga Jumaat depan. Anja, tetap le Anja, walau pun kini dah menjadi seorang pemuda yang kacak anggun,....beg dia mak yang uruskan.Mak dia jugak yang belikan seluar dalam baru untuknya....Oh! anakku!! Kita dengar cerita Anja bila dia balik nanti. ********************************************* |