Hello.

last
next
archives
newest
email
links
rings
guestbook
profile
notes
poodesigns
intuitivmedia
diaryland
2004-10-08 1:31 p.m.

Hello...


Kebelakangan ni Auntie bangun awal sikit bila terasa nak berpuasa, sekurang-kurangnya dapat minum secawan teh dan dua keping roti sebagai pengalas perut.
Dah tiga hari ni pulak tak dapat nak terus berpuasa....ntah kenapa terasa pedih di ulu hati seolah-olah mencucuk-cucuk....hasrat berpuasa terpaksa dibatalkan.Mungkin kesan makan berbagai ubat yang membuatkan cepat terasa lapar.
W/pun tak berpuasa, semalam Auntie bangun pagi juga.Buat air & sediakan breakfast, nasi goreng dan french toast.Bila kita awal, banyak benda dapat dibereskan sendiri tak payah nak minta tolong anak-anak atau pun suami. Buat sendiri puas hati.
Sedang asyik mengupas bawang, terdengar pulak seolah grill pintu belakang dibuka orang, belum hilang terkejut, Auntie terdengar suara Si Anja...aikkk?!...dah sampai?..mmm rupanya dia silap bagi tahu, semasa dia telefon malam tadi dia kata akan sampai jam 7.00 pagi, rupanya dari Guilin flightnya adalah pukul 11.00 malam.Dia sampai KLIA jam 3.30 pagi.
Nasib baik Anja ada kawan yang bekerja di KLIA, dapat le tumpang sekali balik dengan kawamnya yang kebetulan dah habis kerja.
Anja tak cakap banyak, Auntie pun malas nak tanya apa-apa.Dia terus naik ke biliknya.
Balik kerja baru le Auntie interview dia.Untuk kali pertama ke luar negara dan dengan duit belanja yang terhad, tak banyak yang Anja dapat angkut. Dia kata dia jadi rambang mata sampai tak tahu apa yang patut di beli.Untuk dirinya dia hanya beli sehelai baju bermotifkan naga, T-shirt untuk Amir & Jim.Untuk Auntie dia belikan table cloth & cushion cover drp sutera.Satu set tekoh kecik untuk minum teh Cina. Cik Din paling gumbira, Anja belikan dia cincin berbatu jade.
Anja kata " kalau mak yang pergi, lagiiii banyak duit habis, barang2nya murah-murah!!"

Itu cerita semalam.

Semalam juga di g/book Auntie Pn. Sri minta Auntie contact Si Zar....Auntie senyum sendiri, sebab Auntie tak tahu macam mana nak contact dia.

**********************************************

Pagi ni pulak hati Auntie berdebar-debar...nombor telefon dah dapat..nak ke tak nak?...dalam hati berbagai perasaan...ok ke?...takut pulak menggangu..maklum orang yang nak di contact adalah orang yang sentiasa sibuk...
tawakal saja lah....dengan membaca Bismillah...Auntie pun mendail....."Hello",
Sayup di sana suara Pn. Sri......akhirnya sampai juga maksud di hati...banyak juga kami bualkan....tapi rasanya banyak yang kita dah tahu walau pun belum bertemu.

Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa untuk Auntie.

*********************************************