Perginya Masmera

last
next
archives
newest
email
links
rings
guestbook
profile
notes
poodesigns
intuitivmedia
diaryland
2004-10-15 12:24 p.m.


Perginya Masmera.

Masmera telah bersama Auntie sejak 25 tahun yang lalu.Telah banyak jasa yang ditabur, tak terbilang tak hingga. Memang sedih bila dia pergi. Tapi apakan daya, masanya telah sampai juga untuk dia meninggalkan Auntie buat selama-lamanya.
Apakah sifat kita semula jadi? Adakah itu resam dunia, hukumnya alam?......‘habis manis sepah dibuang’
Orang putih kata ‘ Life is like that ’….betul ke?. Itu le nasib Masmera 210 – peti ais cap Singer yang telah Auntie beli sejak zaman anak dara lagi.Hari Ahad lalu dengan tak semena-mena, telah terjadi kebocoran gas di bahagian freezernya….agaknya dah terlalu lama…. tunggu masa je ..nak direpair pun dah tak berbaloi lagi. Selama ni Auntie bertahan sebab dia tak buat perangai sepanjang 25 tahun tu. Badan dia toksah cakap le….comot semacam….tapi, tu lah, barang lama ni memang barang baik, ada kualiti punya. Mau tak mau, Auntie terpaksa cari penggantinya….memang peti sejuk adalah keperluan asas yang sangat penting. Sedih rasa hati bila tengok Masmera dibawa pergi..

***********************************************

Hari ni kita dah mula berpuasa. Selamat berpuasa untuk semua. Semoga kita semua dapat menambahkan lagi ibadah dibulan yang mulia ini. Tahun ini, Auntie berpuasa 4 beranak je, Si Amir berpuasa di asrama. Kesian dia….bagaimana lah agaknya dia bersahur pagi tadi?...Auntie jugak biasa berpuasa jauh dari keluarga….bukannya sekali, tapi berkali-kali juga.. Dah hampir lupa suasananya maklum dah lama sangat meninggalkan alam persekolahan.

Bebudak sekarang berpuasa dah tak jadi hal. Mungkin masa berlalu begitu cepat. Masa Auntie kecik-kecik dulu, nak tunggu waktu berbuka, rasa bukan main lama.
Hari ni, kita mungkin rasa, ahh…ada lagi 29 hari nak puasa…tapi tunggu saja lepas seminggu puasa, tau tau saja dah nak raya pulak.

Apa juadah kita hari ni?.....Selamat berbuka.(jangan terbuka…;)

*********************************************