Apply Cuti.

last
next
archives
newest
email
links
rings
guestbook
profile
notes
poodesigns
intuitivmedia
diaryland
2004-10-21 7:30 a.m.

Apply Cuti.

Hari ni, dah hari ke tujuh kita berpuasa.Semakin kurang bilangan bulan Ramadhan, semakin bertambah bilangan hari kita berpuasa, semakin hampir pulak kita dengan Shawal.

Tahun lalu banyak peristiwa/kenangan yang berlaku di bulan puasa. Antaranya kembalinya ke rahmatullah arwah Mak Lang Auntie yang menderita sakit cancer usus, kalau tak silap dia meninggal pada malam Jumaat, minggu pertama kita berpuasa.Arwah ayah Auntie juga meninggal di bulan Ramadhan. Dia meninggal pada hari Jumaat 15 Ramadhan, bersamaan dengan 22 Februari 1994....dah 10 tahun ayah Auntie tak ada, semakin lama, rindu padanya semakin terasa.Bila teringat padanya rasa hati disiat-siat...semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka-mereka yang telah pergi terlebih dulu dari kita.Kita semua akan menyusul juga nanti.

Dah seminggu kita berpuasa, rasanya ada tak apa-apa perbezaan pada diri kita?...kat ofis kami ni memang ada satu penimbang berat badan...bila pagi, kami ramai-ramai pakat timbang badan....yang sahnya ramai yang bertambah naik, walaupun semuanya mengharap dapat mengurangkan sedikit berat memasing.Hemmm...macam mana nak turun?...kalau dari pagi lagi dah berangan nak makan itu, nak makan ini untuk berbuka....yang pompuan-pompuan asyik le bertanya resepi apa nak di cuba untuk juadah berbuka.....habis comno?

Setakat ini, Auntie masih lagi belum membuat lawatan ke pasar-pasar Ramadhan.Teringin juga nak pergi, tapi masih belum berkesempatan.Mungkin hujung minggu boleh le menjengok.Setakat ini juga, Auntie masih bertahan berbuka puasa dengan masakan sendiri.Memang agak kalut sikit setiap petang..maklum tak ada sapa membantu. Cik Din pulak sejak bermulanya puasa kurang sihat, batuk dan selsema....terpaksa berterawikh dirumah saja.
Tahun ini, adalah juga tahun yang pertama kami berpuasa dengan ahli keluarga kurang seorang, Si Amir tak ada....kesian jugak kenangkan dia berpuasa dengan kenkawan saja di sekolah/asrama.

Semalam si Anja juga dah sound yang dia tak dapat ambil cuti lebih untuk beraya.Nmapaknya tak dapat le nak berlamaan sikit kat kampung nanti.
Kat ofis pulak, Cik Bedah (Kerani bahagian)dah bising suruh kami semua apply cuti raya cepat sebelum bulan Oktober berakhir. Cuti Auntie dah tak banyak, ada lagi 15 hari saja lagi.Mungkin akan habiskan lima hari, dan yang sepuluh hari tu dimasukkan ke 'Golden Hand-Shake'

Si Jim, macam anak orang lain juga, dah mula malas nak kesekolah..."exam dah habis, belajar pun tidak, puasa pulak....aahhh...malas le nak ke sekolah!"
Semalam basikalnya dirembat orang.Dia frust betul.....nak buat macam mana, dah jadi rezeki orang.

*********************************************************