Zakat Fitrah.

last
next
archives
newest
email
links
rings
guestbook
profile
notes
poodesigns
intuitivmedia
diaryland
2004-10-28 7:30 a.m.

Zakat Fitrah.


Auntie bercuti kecemasan pada hari Selasa lalu. Tiada apa yang 'cemas' pun...cuma nak menguruskan berbagai hal personal bersama Cik Din. Bila bercuti dapat lah membuat urusan dengan tenang tanpa tergesa-gesa untuk ke ofis semula.

Pagi tu, dari rumah kami menuju ke BBB berjumpa kontraktor nak buat sedikit wiring kat rumah kami di sana. Bengang jugak kepala...bila terpaksa tunggu hampir 1/2 jam baru si kontraktor tu sampai. Dah selesai dengan dia, kami pergi pulak ke Maybank, Ambank & Pejabat pos...settlekan berbagai bill.Dari situ menuju ke Majlis Daerah Kajang pulak bayar cukai pintu....selesai disitu terus ke KL menuju ke EON Bank dan juga Bank Simpanan Nasional.Hari tu, panas pulak...rasa letih dan dahaga juga..selesai kat situ kami ke Jusco pulak cari baju raya untuk Jim & Amir...dapat le dua pasang sorang....bunyinya dua pasang je...rega boleh tahan juga, nasib baik le budak dua orang ni tak kisah sangat apa yang kita beli...depa ok je...tapi Jim siap pesan..."jangan beli brand kanak-kanak lagi....Abang Jim dah remaja...:)..."

Agak susah juga mencari pakaian untuk Jim kerana dia ni dah dalam ketogory antara kanak-kanak dan remaja...size S pun agak besar untuk dia...kalau size kanak-kanak, L pulak agak kecil untuknya, pening jugak.Nak beli jeans pun gitu juga, bila pinggang OK, senteng pulak, bila labuhnya OK, pinggang pulak besar....susah jugak cari baju budak lelaki nih.Untuk dua orang anak saja dah pening...macam mana agaknya yang ramai anak....lebih drp. 1/2 dozen?....tentu lebih pusing ???

Sampai rumah, Jim puas hati sebab Auntie telah belikan dia T-shirt berkolar warna Oren....(kala idolanya si Zahid AF2). Sambil dok cari baju depa, mata Auntie tak lepas juga memandang baju-baju budak pompuan....ish!..lawa-lawa, berbagai pesen....baju budak lelaki macam tu jugak dari dulu, kini dan selamanya!
Diam tak diam, bila balik rumah, kira semula apa yang dah dibeli....mak ai!....banyak jugak yang habis.....belum lagi beli kueh raya, belum lagi masuk badget duit raya....adeh!!!
Auntie sendiri tak ada baju raya....baju yang ada dah ok...

Dalam kita dok happy happy nak sambut raya, sedih juga kenangkan orang yang susah susah tu....toksah kata nak berbaju raya, nak makan sehari-hari pun payah. Anak-anak yatim kat KL ni terutamanya yang duduk kat rumah-rumah anak yatim nampak macam ok je....depa ni mewah dah....setiap kali raya ada je syarikat yang sponser segala persiapan...yang kurangnya hanya lah kasih sayang sejati mak ayah.Dua tiga hari lepas...cuba tengok..bukan main!....depa duduk semeja dengan PM!

Dah bayar zakat fitrah ke?...jangan tunggu-tunggu.Auntie ada orang bayarkan. Tahun ni Cik Din bayarkan untuk 4 orang saja. Si Anja bayar sendiri. Orang dah bergajilah katakan....

Hari ni dah masuk ke hari yang ke 14 kita berpuasa....hemmm dah tak lama dah...Syawal pulak akan menjelang.

Selamat berbuka.

******************************************************