Main Mercun.

last
next
archives
newest
email
links
rings
guestbook
profile
notes
poodesigns
intuitivmedia
diaryland
2004-11-06 7:31 a.m.

Main Mercun.


Bagi mereka yang tidak mempunyai pembantu rumah/orang gaji/Bibik macam Auntie, bulan puasa ni memang sungguh meletihkan.Setiap yang bergelar ibu/mak/isteri/suri rumah sentiasa dalam kesibukan dan seolah tak cukup masa.
Banyak benda yang perlu dibereskan.Tiap kali Ramadhan menjelang memang jadual waktu kita berubah dan sentiasa kena adjust sana sini untuk disuaikan mengikut keadaan.

Setiap hari Auntie bangun jam 4.30 pagi, ada masa jam 4.00 dah bangun.Selalunya kalau terawal, boleh le lipat kain yang sentiasa menggunung atas sofa....(Auntie memang tak minat lipat kain.....kalau ada mesin lipat baju, Auntie nak beli dua bijik sekali untuk menyelesaikan problem ini....;))

Hemmm...bila agaknya depa nak cipta mesin lipat baju nih!!!!

Persedian makan sahur, sebenarnya, tidak susah mana, setakat menghangatkan lauk saja.Ada masa Auntie buat nasi goreng je. Makan sahur ni bukan kira nak makan sedap.Janji kita makan, dapat sunat sahur, dan perut berisi.Setakat ni kami belum miss lagi makan sahur...alhamdulillah.
Pagi ni, kami nyaris-nyaris miss bersahur....Auntie sudah terlajak tidur, sedar-sedar dah pukul 5.00 pagi. Nasib baik, malamnya Auntie minta Si Anja belikan sup ekor untuk kami makan sahur. Bangun saja Auntie bergegas masak air,, hangatkan nasi, hangatkan sup dan prepare kebab untuk si Jim.
Jim jarang sekali makan nasi waktu sahur.Dia akan minum segelas besar Milo dengan kebab, atau burger.Terpaksa le Auntie melayan selera dia. Anja dan Cik Din tak kisah sangat, apa juga yang terhidang depa bantai saja tanpa banyak soal.....Auntie pulak....kalau le diikut....nak minum segelas susu dengan sekeping roti...saja pun dah ok....tapi bila dikenangkan, hanya bulan Ramadhan sajalah kita bersusah payah bangun dan siapkan semua ini.

Apa-apa pun kaum ibu/wanita patut merebut peluang ini..menurut Ustaz wanita...bila dia bangun untuk persedian sahur keluarganya dibulan Ramadhan dengan rela/redo....pahalanya sangat banyak, pegang periok, pahala,pegang kuali, pahala...apalah lagi sambil-sambil tu kita berzikir dam memuji-muji Allah.Ish....banyak sungguh pahalanya.Kita patut merebut peluang ini.

Malam tadi, seperti selalunyalah, Auntie memang naik tidur awal, maklum nak bangun awal. Agaknya dah pun terlena lebih kurang 2 jam.Tetiba terjejut/terperanjat dengan dentuman mercun yang kuat dan terdengar riuh suara kanak-kanak bersuka ria.....Auntie bangun dan menjenguk kebawah....laaa, anak dan cucu-cucu jiran sebelah rupanya tengah bergumbira main mercun dan bunga api!!! bila tengok jam, dah hampir pukul 12.00tgh malam!.....
Dentuman mercun bersahutan...kuat pulak tu...sabo je lah....depa dok main lebih kurang 40 minit.....ish....kalau di ikutkan hati rasa nak turun jerit je...apa pasai le pi main time orang dah lena tidur?.....main je le lepas waktu Maghrib tatkala orang sedang berehat......India sebelah rumah yang nak sambut raya dia pun tak sibuk main mercun....sakit betul rasa hati...nasib baik bulan puasa...ish kalau tidak mau jugak rasanya pergi sound yang agak kaw,kaw sikit....

Dah siap ke persiapan untuk hari raya?....yang penting kita bayar dulu fitrah.
Dah banyak dapat kad raya?
Tahun ni, tak banyak kad yang Auntie terima.Auntie pun tak beli langsung kad raya.
Ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang sudi melayangkan ucapan selamat Hari raya pada Auntie.


p/s: Liza Aini, Akak dah dapat kad mu....TQ

*********************************************************