![]() |
Shopping raya. lastnext archives newest links rings guestbook profile notes poodesigns intuitivmedia diaryland |
2004-11-08 8:02 a.m. Shopping raya. Ramadhan masuk hari yang ke 25. Ada 5 hari lagi nak puasa, nak raya. Macam biasa, oleh kerana Bahagian kami banyak urusan dengan orang luar (kontraktor & konsultan)maka banyak le hamper yang sampai kepada bos-bos. Selalunya depa tak bawak balik....simpan saja kat ofis.Lepas raya nanti kami akan buka dan bungkuskan semula dan buat cabutan bertuah.Itu yang sampai kat ofis....yang sampai kat rumah tentu banyak juga. Dula kata penjawat awam tak leh terima semua ni....tapi ye le nak buat cam mana....dah orang hantar....takkan nak suruh bawak balik pulak. Selalunya si pengirim ni akan telefon dan tanya address mereka-mereka yang nak diberi hamper.Siang-siang lagi bos kami dah bagi warning, jangan bagi address dia.Hemmm...tak bagi address rumah, depa hantar ke ofis pulak. Semalam Auntie ke Jalan TAR.Ikutkan hati rasa malas betul nak bersaing dengan lautan manusia tapi terpaksa juga pergi, baju raya Si Jim & Amir belum complete lagi.Baju Melayu belum ada. Jim kata dia takmo baju Melayu pada tahun ini.Dia nak pakai je baju Melayu Amir 2 tahun lepas yang masih elok dan tak jejas apa-apa.Itu sudah bagus!....save duit mak.Auntie belikan baju ala Raihan untuk Si Amir, dia dah pesan dia nak nak yang macam tu.Cik Din belikan Jeans 'Levi celup' untuk Jim. Amir akan pakai 'Levi' Anja yang dah tak muat untuk Anja yang dah semakin berisi.Anja beli baju sendiri dengan duit sendiri, tapi dia buat 'lembek tengkok'....mengecek duit mak nak beli kasut raya!.....anak punya pasal....Auntie tewas dengan rayuannya....after all....rezeki yang kita dapat memang lah untuk anak-anak juga....mak ayah tak payah baju raya pun tak pe. Lepas sahur Auntie tak tidur dah.Lepas solat subuh, terus je bersiap-siap pergi pasar. Hantar segala barang yang dibeli di pasar dan terus je menuju Jln. TAR...Jim ikut sama.Jam baru pukul 9.30 pagi.Orang dah ramai, gerai-gerai jualan dah mula dibuka. Seronok tengok....."macam-macam ada"... By 11.30, kami dah balik ke rumah. Jalan dah mula tersumbat.
|