Kad Raya.

last
next
archives
newest
email
links
rings
guestbook
profile
notes
poodesigns
intuitivmedia
diaryland
2004-11-09 8:25 a.m.

Kad Raya.


Tahun ni tak macam tahun-tahun sebelumnya. Tahun ni adalah tahun yang paling sikit Auntie terima kad raya.Selalunya ada berpuluh keping yang diterima dari kenkawan & sahabat handai jauh dan dekat.Bayangkan, baru seminggu puasa bermula, kad raya dah Auntie terima, tapi tidak untuk tahun ini.Tinggal 4 hari lagi nak raya,Auntie hanya terima 6 keping kad raya.....itu pun bukan dari kenkawan, tetapi hanya dari syarikat/companies yang ada projek dengan ofis kami......sah PA-PA mereka saja yang uruskan...bosnya tandatangan saja.
Hemmm...tak payah balas le....

Isyy...bukannya nak komplen sangat.....sendiri pun tak beli kad raya pada tahun ni!!!!

Zaman yang dah berlalu memang seronok sungguh bila terima kad raya....apa lagi dizaman gadis dulu....selalu je terima kad dari 'secret admirers'....kad-kad yang cantik lagi romantis!!!....besar-besar pulak tu....kenkadang arwah ayah Auntie "berdehem" juga bila tengok kad anak gadisnya 'semacam' je......:)

Auntie masih simpan kad hari raya istimewa yang dikirim oleh Cik Din.(usia kad dah menjakau 26 tahun...kad pun dah naik kuning!!)Kami tengok semula...dan rasa macam kelakar le pulak.....kami tunjuk dengan anak-anak....Anja ketawa berdekah-dekah!!!....Amir kata "wah! romantik juga ayah ni!"

Menerima kad raya memang seronok.Lain rasanya dari terima SMS atau melalui e-mail....cara baru ni memang ringkas lagi mudah...yang penting lebih jimat.Kad raya pun sekarang ni bukannya murah-murah...yang ada kata-kata menarik dan cantik harga mungkin sampai berbelas ringgit....apa lagi yang ada muzik bila di buka.....isy...tak kuasa le berhabis duit nak membelinya...lain le kot nak dikirim kepada buah hati pengarang jantung!...orang memuda boleh le....tentunya tak payah nak beli banyak kan kekasih hati hanya sorang saja?...lagi pun setahun sekali je nak kirim kad raya...boleh simpan, buat macam Auntie.....dah tua begini masih ada kenangan lagi.


***********************************************