Raya Sakan.

last
next
archives
newest
email
links
rings
guestbook
profile
notes
poodesigns
intuitivmedia
diaryland
2004-11-23 7:32 a.m.

Raya Sakan.


Alhamdulillah, Auntie & keluarga selamat sampai semula ke ibu kota setelah beraya dikampung.Musim raya setiap tahun rasa ngeri dengan berita kemalangan sana sini yang meragut banyak nyawa. Sayu hati melihat keadaan yang sungguh sedih dan pilu. Yang hilang mak ayah, anak isteri...pak we, mak we....niat nak bergembira menjadi duka nestapa.Kita yang masih berpeluang menikmati alam maya ni seharusnya memanjatkan bebanyak syukur ke hadrat illahi. Amin.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka-mereka yang telah pergi lebih dulu dari kita.

Raya tahun ni Auntie hanya ambil cuti 2 hari, Rabu & Khamis (raya ke 4 & 5)Raya ke 3, kami dah berada semula kat KL ni.Bila anak-anak dah mula membesar, mereka lebih seronok nak berhari raya dengan kenkawan seperjuangan mereka di KL...kalau dikampung, sapa pun depa tak kenal kecuali sepupu saja.Bagi Auntie yang tak ramai anak buah ni, menyebabkan si Amir & Jim nak cepat-cepat je balik KL.Sepupu depa pun masih kenit-kenit lagi....masih belum boleh join the group. Amir & Jim pulak dah masuk ke alam remaja...dua tiga orang sepupu yang hampir sebaya....dahhhh budak pompuan pulak yang Jim kata sungguh 'melecehkan'!!!!....dia memang malu habis dengan sepupu pompuannya!...nak cakap pun macam tak keluar suara....(hemmmm...dia belum tahu lagi penangan & tamparan wanita!!!)

Bagi Auntie yang dah nak masuk skim warga emas ni, hari raya tidak le seperti dulu lagi. Kemeriahan berhari raya dizaman kanak-kanak dan zaman remaja adalah yang paling menyeronokkan. Kini semua tinggal kenangan. Dulu, di pagi raya, lepas waktu subuh je, arwah ayah Auntie dah bawak geng masjidnya datang ke rumah....terpaksa le Auntie dan mak bangun pagi macam nak bersahur juga menyiapkan hidangan untuk depa ni.Selesai saja geng masjid ni, lepas sembahyang raya pulak akan berduyun-duyun le tetamu datang kerumah bertali arus sampai petang malah membawa ke malam pulak.Letihnya toksah cakap le....tapi seronoknya tak terkata.
Suasana kini jauh berbeza. Arwah ayah dah tak de...ramai lagi sesedara yang dah berusia dah pergi bersamanya...yang ada semakin uzur hanya menanti kedatangan tetamu je...yang muda pulak dengan agenda mereka sendiri.
Walau bagaimana pun rasanya raya tahun ni, dapat juga Auntie bertemu ramai sedara-mara yang dah lama tak berjumpa.Cukup le tiga hari beraya sakan di kampung.Hari raya ke tiga berangkat le kami ke kota raya pulak.

Auntie kononnya nak mengambil peluang bercuti pada Rabu & Khamis tu kerana nak buat Mykad.Hari Rabu tu, Auntie pun pergi le JPN yang tak jauh dari rumah....ingatkan orang masih cuti raya boleh le kita berlenggang kangkong je...rupa-rupanya...baru nak masuk 'Q' depa dah announced nombor dah habis! Maka batal le program hari tu...Esoknya pulak kami cuba try pergi ke Maju Junction pulak....dah le naik ke tempat parking berpusing-pusing, sebaik sampai je 'Q'nya dah sampai ke barisan kereta....belum apa-apa, sekali lagi nasib malang nombor habis!!! Masih tak putus asa, kami berangkat pulak ke JPN Salak South, setelah dua kali berpusing-pusing pekan koboi tu baru le jumpa ofisnya....laaaa...sekali lagi keciwa....nombor habis juga!!!!....akhirnya kami gi cari roti canai dan teh tarik saja sebelum balik ke rumah.

Tak tahu le bila pulak nak pergi buat Mykad nih, haru sungguh.

Semalam Auntie dah mula kerja. Dah ramai yang ada kat ofis ni, ramai yang masih dalam mood hari raya. Ada yang tak berapa sihat setelah sakan beraya.
Raya ni memang penat.Penat makan, penat berjalan, penat bercakap...dan rasa lebih penat bila duit pun dah mula surut. Bagi orang Gomen, gaji bulan November dah masuk sebelum raya lagi...kalau tak betul budget tu parah juga nanti.

Raya di kampung dah habis. Kini, raya di kota pulak bermula.


**************************************************************