Buat pagar..

last
next
archives
newest
email
links
rings
guestbook
profile
notes
poodesigns
intuitivmedia
diaryland
2004-11-26 10:02 a.m.


Buat pagar...

Sambutan hari raya di kota raya macam baru nak bermula. Dah terdengar bisik-bisik yang si anu dan si anu nak buat open house.Auntie hanya pasang telinga je. Rasanya takkan buat open house kot. Rumah Auntie tepi jalan raya yang sibuk....terpaksa tutup saja pintunya. Kalau nak datang, pintu boleh dibuka dengan seluasnya.Bila tetamu masuk, pintu kena tutup semula.Kasut tetamu kena bawak masuk rumah, lainlah kalau tetamu tak kisah kalau kasutnya dikebas orang yang lalu lalang.

Pernah terjadi satu ketika dulu, kawan Auntie datang dari JB.Lama tak jumpa. Kami gebang sakan bongkar kisah lama. Bila nak balik, kasut suaminya dikebas orang yang lalu lalang.Kasutnya jenama Nike, baru beli di S'pore sebaik saja dia balik dari pelantar minyak di Kerteh.Nasib baik naik kereta sendiri...duit pun masih banyak, boleh beli yang lain.
Sejak peristiwa itu, bila tetamu masuk rumah je, cepat-cepat bawak kasut depa masuk sekali dan tutup je pintu untuk keselesaan ketika berborak.

Kali ni, kalau tetamu datang, Auntie dah tak risau pasal kasut depa lagi. Sebulan sebelum puasa dulu, JPM(Jab. Perdana Menteri yg. menguruskan rumah-rumah kerajaan ni)mula memasang pagar di bahagian depan rumah kami, siap gate lawa lagi. Yang lawak tu, pagar dipasang didepan, di bahagian belakang tak berpagar. Tak tahu le apa tujuan pagar tu. Ada rumah depan belakang di buat pagar, ada tu, depan saja berpagar....
Yang hairan tu, pagar yang sekangkang kera tu sampai hari ini pun belum siap lagi....lembab sungguh kontraktor Melayu ni!(kontraktor kelas 'F')
Salah sapa ye?...kontraktor ke, pegawai yang menjalankan tugas (orang JKR)....susah-susah sangat, Auntie rasa macam nak panggil Karam Singh Walia pulak....biar di bagi pantun dua kerat dia yang power tu....kalau masuk TV tindakan cepat akan diambil.

Berbalik pasal jamuan raya ni...kat rumah Auntie hanya kenkawan Jim dan Amir saja yang datang.Ada sekali tu satu puak bebudak dalam umur 10, 12 tahun bagi salam nak beraya. Cik Din ada kat depan terus pelawa sambil bagi tahu, 'masuk le....kueh raya banyak lagi, duit raya dah habis...sikit-sikit tu ada le...'...hemmm, bila dengar macam tu, bebudak tu terus kata, 'tak pe le Pak Cik, tahun depan kami datang lagi....kami nak kumpul duit je'.....sungguh jujur dan ikhlas bebudak tu...kami yang nak tergelak....
Auntie & Cik Din pun belum le lagi buat lawatan raya ni..tapi tahun ni kami dah terima 4,5 undangan perkahwinan.Weekends ni saja ada tiga jemputan.Minggu depan ada dua.Semua jemputan kawan ofis yang nak kawinkan anak.

Antara suka ada juga duka.

Kawan ofis Auntie (suami-isteri)kehilangan anak pada hari Selasa lalu, setelah terbabit dalam kemalangan.Anak mereka tidak sedarkan diri sejak malam kejadian (hari Jumaat malam).Hilang seorang anak muda berusia 19 tahun penuntut Politeknik Kuantan.Menurut kawan Auntie mereka pergi beraya dirumah saudara.Anak bujangnya naik moto, sedangkan mereka yang lain naik kereta.On the way balik, mereka balik bersama, si anak ikut belakang kereta.Bila sampai rumah, belum sempat apa-apa lagi ada orang bagi tahu kemalangan berlaku.
Malang memang tidak berbau.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.Amin.

***********************************