2004-12-11 11:04 a.m.
Ada lebih kurang tiga minggu lagi cuti sekolah akan berakhir dan sessi persekolahan akan bermula. Bagi Auntie ada dua lagi anak yang masih bersekolah. Amir akan naik form 5, Jim akan masuk ke secondary school.Jim agak excited, maklum le dah nak masuk geng bebudak remaja.Auntie tengok pun semenjak dua menjak ni 'pembangunan' tubuhnya bukan main pesat lagi...kejap je dia nampak begitu tinggi sekali. Suaranya pun macam dah nak pecah.Jerawat pun dah mula keluar. Semalam masa balik kerja, Auntie terperanjat juga tengok muka dia yang ditampal dengan plaster....ingatkan jatuh ke, kena toreh ngan pisau ke, bila ditanya, dia kata, sikit punya hal je.....jerawat dia pecah!!!nak tergelak pun ada rasanya.... Dua tiga hari lepas, rambutnya telah digunting pendek ala-ala GI, atas permintaan dia juga.Tapi bila balik rumah dia macam menyesal pulak....bila kenkawan dia gelar dia 'sibotak', terpaksa le pulak dia pakai cap bila keluar rumah. Si Amir pulak, banyak habiskan masa mengadap PS, kalau tidak pun masanya habis di CC kat belakang rumah Auntie. Haru juga rasanya dengan CC ni.Yang kaya tokey dia. Bebudak yang pergi tu boleh dikatakan bukannya nak cari ilmu IT, cuma pergi main games, chatting dan melayari internet, termasuk le jugak Si Jim dan Si Amir.Bebaru ni, pecah le rahsia budak dua ekor ni, selama ni ingatkan depa tak minat berchatting, salah rupanya tangkapan Auntie tuh. Jim dengan selamba bagi tahu dia pun chatting juga. Dia dapat satu budak pompuan....macam-macam cerita lah katanya. Last sekali mak we tu tanya dia umur berapa. Dek kerana si Jim ni baru nak kenal dunia, dia pun dengan jujurnya bagi tahu, umurnya 12++.....:)....lepas tu katanya, mak we tu terus senyap.Mak we tu umur 20 tahun.Agak Auntie le tentu budak pompuan tu kesal....buang masa betul melayan budak kecik chatting! Gitu le budak sekarang ni. Di rumah kita dah berpesan-pesan jangan buang masa, depan kita depan ok je. Bila kawan datang mengajak, pesan ibu dah lupa. Mulai next week, Auntie tak nak bagi chance lagi....depa kena buat sesuatu yang berpekdah. Si Amir kena siapkan kerja sekolahnya. Si Jim mungkin Auntie nak buat sikit program untuknya.Harap Auntie juga kena strict dan tegas sikit...kenkadang tu salah Auntie juga...beri muka sangat pada depa...tapi tu le...bila dengar kelentung depa Auntie jadi lemah pulak.Alahai!.....
************************************** |