Duit dah habis.

last
next
archives
newest
email
links
rings
guestbook
profile
notes
poodesigns
intuitivmedia
diaryland
2004-12-23 9:44 a.m.


Duit dah habis.


Hari tu senyum sampai ke telinga. Hari ni dah macam tak boleh senyum dah...
First round tekan duit, langsaikan segala hutang piutang. Hutang sendiri.
Nasib baik tak payah bayar kereta....itu urusan Cik Din. Rumah tak payah sewa, Auntie duduk rumah gomen....
Kejap je duit ada dalam tangan, lepas tu, tolak sana, tolak sini....habis.Kena pi tekan lagi...isy..cepat sungguh habisnya.Walau pun duit dah kurang, kepala rasa ringan sebab hutang dah langsai.Kena baca doa mohon dilepaskan dari kedukaan kerana hutang banyak-banyak nih....! ( sapa nak doa ni boleh Auntie bagi...)

Sebagai yang telah dijanjikan. Jim dah dapat basikal barunya. Bukan main suka nya dia. Auntie lagi le suka.Suka sebab dapat menyukakan hati anak. Harap-harap bila dia besar, dia dapat pulak menggumbirakan hati mak ayah dia.Sebagai seorang mak, kalau anak tu gumbira, hati mak berbunga-bunga!!! Kalau anak buat perangai....mak tak tidur lena.

Bukan mudah menjaga anak di zaman cyber ni, di akhir zaman...Orang dulu anak ramai,kalau setakat 1/2 dozen tu, biasa le....ada yang punya anak satu team bola sepak siap dengan pemain simpanannya sekali! Adik beradik Auntie 6 orang....Cik Din lagi...ramai...13 orang!..Pak Ngah dia punya anak sampai 16 orang.....biak sungguh!!!!.....-:)

Anak-anak dulu-dulu tak le secerdik anak-anak sekarang, mungkin kurang pendedahan. Dulu, bukan semua rumah ada TV atau telefon. Hanya rumah orang kaya/orang besar/pegawai besar saja yang ada. Mak ayah dengan mudah dapat kelentong anak depa.Budak dulu-dulu, polis pun takut, benggali berjambang pun takut....tengok orang lain macam je dah pucat.

Zaman dulu, sebelum azan berkumandang, anak-anak dah ada kat rumah. Mak ayah tutup pintu tingkap dan bilang anak-anak semua cukup.La ni, belum tentu boleh buat begitu. Si Anja hanya sampai ke rumah bila Auntie dah selesai solat maghrib. Si Jim, bila terdengar azan, baru teringat nak balik....nasib baik padang tempat dia bermain hanya dibelakang rumah....kalau lambat Auntie akan berdiri di pintu dapur pegang penyapu.....acah je...takkan nak bantai anak dengan penyapu....gempaq je....:)...Auntie ni, buat-buat garang....anak-anak kata, mak ni macam "Guru Besar".....

Masa Auntie kecik-kecik dulu, lepas maghrib, kami mengaji. Mak atau ayah ajar. Bila dah naik quran, ayah carikan ustaz ajar kat rumah. Lepas ngaji, makan. TV tak de....kami habiskan masa sebelum tidur bermain adik beradik...yang lelaki, koman-koman pun melastik cicak. Kalau cicak tak keluar, kami main enjit-enjit semut atau tom tombak....tak pun kami main lambung getah bulat tuh....rasanya dulu Cik gu sekolah tak bagi homework pun....raya hindu bebudak dulu.Siang malam main je. Lepas makan tengahari, yang dok kampung merayap sana sini, lastik burung, tangkap belalang,lastik buah mempelam, terjun sungai...

Rumah Auntie di kawasan pekan...rumah gomen (dari kecik sampai tua dok rumah gomen Auntie nih!)tapi, adik-adik lelaki Auntie merayap ke kampung-kampung berdekatan bila mak ayah berehat disiang hari. Auntie tak ikut sama. Anak pompuan kena dok rumah jaga adik...boring sungguh, tapi akur dengan ketentuan mak ayah.

Mak ajar Auntie masak nasi, goreng telur, goreng ikan,buat cokodok,bubur kacang, tumbuk sambal belacan. Bila mak nak pergi kenduri kawin, Auntie kena jaga rumah dan jaga adik-adik.Mak juga ajar Auntie macam mana nak guna mesin jahit, macam mana nak jahit butang baju yang dah tercabut.Cara betul nak gosok baju pun mak ajar juga. Baju sekolah semuanya berkanji. Semua baju yang berkanji ni sebelum digosok kena spray dengan air dulu. Lipat dan gulung dalam kain tuala. lepas 1/2 jam baru gosok.Baru le licin dan cantik.Baru saidnya (sebutnya 'sa-id')tak patah....Nasib baik masa Auntie mula gosok baju, dah guna iron letrik....tak sempat pun nak cuba seterika arang....seingat Auntie kami ada seterika arang..tapi kini tah mana hala dah seterika tu.

Bukan Auntie saja yang di ajar buat benda-benda nih...yang lelaki pun tak boleh escaped....mak kata "senang...bini hangpa nanti, bila hangpa kawin." Memang betul pun, adik-adik ipar Auntie bernasib baik, adik-adik lelaki Auntie sentiasa membantu bini depa. Sama-sama cari duit, sama-sama membina keluarga.

*********************************************************

Dah lama Auntie tak dapat feedback drp. Cik Kieli yang sangat fames tu...(alah yang selalu sesat bila pergi kemana-mana tuh...termasuk sesat kat NS jugak.)
All the best to you Cik Kieli....isy, jangan le kuat sangat bekerja....kena sambil-sambil mencari teman....:)

********************************************************

Cik Pah...kenalan baru dari Penang. Bila ingat Cik Pah, Auntie bayangkan Datuk Sharifah Aini kita....! Entry Auntie memang dah banyak. Macam kata Joe, 6 bulan baca baru habis...sebab dia baca satu entry satu minggu.

*******************************************************