Back To School.

last
next
archives
newest
email
links
rings
guestbook
profile
notes
poodesigns
intuitivmedia
diaryland
2004-12-29 7:23 a.m.

Back To School....


Dah beberapa kali buat entry. Tak jadi.Rasa macam tak best je....cerita yang boring.Harap-harap kali ni boleh diteruskan hingga titik yang akhir.

Sejak hari Ahad kita semua disajikan dengan berita kesedihan. Tak pernah terjadi di M'sia ni. Itu semua kerja Yang Maha Kuasa. Siapalah kita nak mempersoalkannya.Syukur pada Allah kita tidak terlibat. Takziah kepada mereka yang kehilangan nyawa dan harta benda. Kita yang selamat mungkin boleh membantu dengan berbagai cara.Mungkin boleh bagi wang ringgit, sumbangan makanan, pakaian dan paling tidak kalau yang berada di kawasan kejadian boleh menyumbang tenaga bersama-sama sukarelawan.

Geng Jurnal tak nak buat apa-apa ke?

Melihatkan gambar-gambar tragedi di akhbar-akhbar, rasa insaf dan gerun. Agaknyalah, ini baru bayangan hari kiamat....baru bayang dia!....kalau betul-betul tak tahu le macam mana?....Auntie dah merangkak 'senja'...terfikir jugak...tak banyak bekalan yang nak dibawa kesana...yang nak tinggal pun tiada...isyyy...serammmmnya!
Kena buat sesuatu nih!.

************************************************

Tinggal beberapa hari lagi sekolah akan dibuka. Persiapan budak dua orang tu macam dah 100% lengkap. Yang belum siap ialah nak packing barang-barang Si Amir.Insyaallah, hari Sabtu Auntie akan hantar dia balik ke asramanya. Budak bertuah tu, dia langsung tak kisah....setiap hari dengan aktivitinya saja.Kalau tak mengadap komputer dia mengadap PS....kalau tidak, dia sibuk melangut kat ASTRO....channel berapa ye?..yang ada muzik & video clip tu....minat betul dia dengan channel tuh. Dia dah tak ke CC dah...hari tu Auntie hantarkan Si Anja untuk sergah dia kat CC....dengan Anja dia memang takut...kalau dengan ayahnya, alahai!...kawan dia bergusti je....

Nampaknya hari ni Auntie kena sediakan 'checklist' banyak benda nak disiapkan bila anak nak balik ke asrama nih.Kena pulak tahun baru.Banyak betul barang yang nak dibawa. Beg pakaian, beg buku, beg kasut, beg makanan.Auntie nih tak le rajin macam mak Auntie dulu.
Mak Auntie dulu bila Auntie nak balik asrama je....bab bawak makanan ni, jenuh le....tak larat nak pikul je...kalau boleh semuanya nak suruh kita bawak.Yang selalu mak Auntie sediakan ialah yang pertama sekali nasi bungkus le....akan dimakan atas keretapi....air kopi taruh dalam botol.Dua tiga hari sebelum balik tu dia sibuk le membuat wajik..atau setengah orang kata pulut manis. Bukan sikit yang disuruh bawak....kalau boleh dia nak satu sekolah tu dapat rasa wajik dia! Aiiii....sagun pun dia buat juga. Kek lagi. Sambal bilis kering lagi, seruding lagi....Kenkadang tu, sebelum berangkat, singgah pula rumah nenek....dah dia pun ada juga bekalannya.
Cuba bayangkan Auntie nak ngangkutnya naik turun keretapi dari stesen KK turun diKL, tukar tren...naik pulak di KL. turun di JB, naik pulak bas menuju ke sekolah....berkali-kali ngangkut tuh....kalau di tolak kang takut dia kecik hati pulak....mau tak mau....bawak saja le...Memang masa nak bawak tu...nyumpah-nyumpah le jugak dalam hati....beratt....bila dah sampai asrama rasa tak rugi penat mengangkut, sebab semua kenkawan pun mengangkut makanan juga.

Untuk Si Amir,Auntie sediakan makanan kering je macam biskut..mee maggie, kek, beli saja...kang nak buat tak sedap pulak....(alasan tuh!...)Amir pun tak kisah sangat. Katanya kat sekolah dia, kantinnya ok...makanan sedap dan murah. Air minuman, kalau gelas kecil baru 30 sen, gelas besar 50 sen. Kueh pulak RM1, boleh dapat 5 keping!......maklum tempat kecil....harga barang masih murah.Satu hari dia belanja lebih kurang RM2 je. Breakfast, lunch, dinner & supper sekolah sediakan.

Bila sekolah bermula nanti, nampak gayanya kami akan kesunyian le. Si Amir balik asrama. Si Anja pulak dah berura-ura nak menyewa dengan kenkawannya.Jadi tinggal le kami bertiga je.Elok juga Si Anja nak berdikari.....kalau tidak, hidupnya sungguh le senang....dia tahu bawak badan dia je....semuanya dah tersedia depan matanya. Walau pun dah besar panjang, manjanya pun sama naik dengan Si JIm. Bila duduk sendiri, mungkin dia belajar susah senangnya terutama nak uruskan dirinya. Basuh baju, gosok baju...yang pentingnya pandai menjaga diri dan menguruskan kewangannya. Masa berlalu begitu pantas, mungkin 6, 7 tahun dari sekarang dia juga akan mendirikan rumah tangga. Setakat ni, dia belum ada awek special lagi....katanya yang minat kat dia dah ramai.....biasa le jejaka perasannn!!!.....hemmmm...anakku!

***********************************************