![]() |
Back To Normal. lastnext archives newest links rings guestbook profile notes poodesigns intuitivmedia diaryland |
2005-01-05 8:17 a.m. Back To Normal... Auntie ucapkan Selamat Tahun Baru 2005 kepada semua yang membaca blog ini.Tidak terlewat lagi rasanya. 2004 telah kita tingalkan. Banyak peristiwa yang berlaku. Paling tidak dapat kita lupakan bencana alam yang baru terjadi. Mudah-mudahan semua yang terjadi dapat menjadi satu iktibar kepada kita semua. Marilah sama-sama kita doakan agar segala mala-petaka tidak berulang lagi. ******************************************* Sekolah dah buka semula. Routine harian bermula. Back to normal. Bangun pagi, siap sarapan, siap diri, menuju ke ofis...sampai ofis buat apa yang patut...jam 4.00 balik rumah...memasak, membasuh....makan, minum, tidur...esok pusingan kehidupan bermula lagi....Arghhhh.....! sampai bila akan begini????...sampai pencen!!!!! ******************************************** Hari Isnin ramai yang bercuti termasuk jugak Auntie. Hanya Cik Din ke sekolah menguruskan Si Jim. Dia dah naik form 1. Buku-buku teksnya dah dibeli. Tiap tahun buku teks sentiasa bertukar ganti...tak tahu apa nak buat dengan yang lama dah penuh segala almari kat rumah. Setiap tahun buku-buku ini akan bertambah. Amir juga tak layak dapat buku teks, tetapi boleh dipertimbangkan sekiranya ada lebih.Tahun lepas dia dapat, sebab ada lebih. Auntie tak tahu le macam mana orang yang mempunyai ramai anak yang masih bersekolah dan tak layak pulak dapat buku teks....pening juga kepala. Yuran sekolah pun bukannya murah...dengar cerita ada sekolah kat NS yuran sekolah dah mencecah RM1050/!!! .....gila!!!ngalahkan nak masuk IPTA. ********************************************
|