Cinta Baru.

last
next
archives
newest
email
links
rings
guestbook
profile
notes
poodesigns
intuitivmedia
diaryland
2005-01-06 3:31 p.m.

Cinta Baru.


Isy, semalam Auntie cerita pasal yuran sekolah mahal, dah ada orang takut pulak nak berkahwin dan beranak pinak!.....Jangan begitu, rugi kalau tak kawin.
Auntie dah lama berkahwin.Tahun ni dah nak masuk 25 tahun.Dah lama tu. Tapi, Auntie rasa macam baru sangat lagi....hanya tersedar dah lama bila terpandang cermin....muka dah berkedut sana-sini, rambut juga dah memutih.Bila pandang Cik Din....dia pun dah nampak berumur.....

Untuk tahun ini, Auntie berharap sangat kenkawan/adik-adik/anak-anak yang Auntie kenali melalui blog/jurnal akan mengakhiri zaman solo memasing.Mungkin juga seorang dua yang berstatus 'tunggal' juga insyaallah akan menemui pasangan.Apa salahnya memulakan hidup baru dengan pasangan baru. Gagal kali pertama bukan bererti gagal selamanya.
Yang putus cinta pun eloklah cari cinta yang baru.....kalau nak sambung semula pun apa salahnya....ada orang tu macam masih mengharap...sementara masih ada peluang, cubalah sekali lagi...mana tahu kali ni berjaya....dari memendam rasa........(elehhh,telefon sajalah....telan saja pride tuh....)

Tahun lepas kita menyaksikan beberapa rakan bloggers naik ke jinjing pelamin. antaranya Si Dona, Rudy, Nonie, Fajar dan Lolita. Harap tahun ni depa semua akan menuai hasil...:) harap juga tahun ni akan bertambah pasangan yang akan membina masjid. Ramai yang dah cukup 'haul' nih....masa terus mengejar kita....Tsunami pun dah mula kejar...jadi apa tunggu lagi.

Ramai kenkawan sebaya Auntie dah mula mengawinkan anak memasing.Auntie hanya setakat pi makan kenduri depa le. Anak Auntie Si Anja muda bebeno sangat lagi nak dikawinkan pun....kalau pompuan dah boleh dahh tuh....

Bila sesaorang tu berkahwin, insyaallah dia akan lebih bertanggungjawab.Tapi ada juga yang dok macam tu juga tak ubah perangai. Auntie ingat lagi, adik Auntie, Cik Mat, masa dia belum kawin...ya Allah, kuat merayap malam....asyik melepak dengan kenkawannya. Mak & ayah Auntie tak boleh nak kata apa dah. Alhamdulillah, setelah dia berkawin, pandai pulak dia melekap di rumah, sibuk main dengan anak-anak & isteri je....Bukan main rajin dia membantu isterinya dengan kerja rumah.

Agak-agaknyalah, siapa yang akan kawin tahun nih....apa Si JOE?....its not impossible......:)

**************************************************