![]() |
No tittle. lastnext archives newest links rings guestbook profile notes poodesigns intuitivmedia diaryland |
2005-01-10 7:40 a.m.
*************************************************** Dua hari duduk di rumah memang seronok.Kalau boleh nak duduk terus kat rumah.Malasnya nak gi kerja..... Dalam masa dua minggu ni, kat TV banyak sungguh liputan mengenai Tsunami.Hampir 95% cerita Tsunami dimuatkan dalam berita,dalam Majallah 3, dalam Nona....semuanya cerita mengenai tragedi ombak besar tu.Hati rasa sungguh hiba melihat mereka yang kehilangan segalanya menceritakan detik dan peristiwa yang mereka tempuhi. Syukur, alhamdulillah kita masih lagi selamat. Mudah-mudahan apa yang terjadi pada orang lain menjadi iktibar kepada kita. *************************************************** Lupa nak habaq mai. Sejak Isnin lepas, peti ais yang Auntie baru saja beli beberapa hari sebelum puasa dah meragam. Tetiba saja dia dah tak sejuk lagi. Habis le segala air batu cair...dan keadaan peti sejuk tu pun dah mula berbau...apa pulak sebabnya nih? tak sampai 3 bulan dah K.O? Barangan sekarang memang tidak sebaik barangan dahulu. Peti ais Auntie yang lama dulu diguna sehingga hampir 24 tahun, sekali pun tak pernah rosak! cuma body dia saja yang semakin lama semakin buruk.Yang boleh Auntie ganti dengan peti ais baru tu sebab gas di freezernya bocor, kalau tidak,harus sampai la ni pun dok guna peti ais buruk tuh. Akhirnya semalam petang baru le datang technician dari company peti ais tu datang baiki. Tak sampai 1/2 jam peti ais tu dah ok semula.Terasa susah jugak kalau peti ais tak de.....berhari-hari Auntie tumpangkan ikan segalanya kat rumah jiran.Memasak pun ala kadar je. Hari ni dah start memasak semula... rasa rimas jugak kalau makanan asyik di beli, rasa tak sempurna sungguh.Anja dan Jim pun dok komplen...makanan di beli tak sedap....hi..hi...macam mak depa terror sangat memasak! **************************************************** Dah lama Auntie tak jengok rumah Auntie kat BBB tu. Hari Sabtu Auntie dengan Cik Din ke sana. Kami cadang nak tukar lampu. Dah tengok-tengok, kami pergi pulak ke Seksyen 4, survey lampu kat kedai lampu. Lepas tu singgah di kedai buku Blitz....kedai kawan Auntie tu...lama dah tak jumpa dia. Hari tu kebetulan dia jadi cashier pulak dapat lah sembang sekejap dengannya. Nampak dia dah berjaya. Kedai dia dua lot, atasnya ada pusat tuition yang dikendalikan oleh isterinya yang juga seorang cikgu. ********************************************************* Petang Sabtu, Auntie pergi pulak ke GH, melawat seorang kawan yang baru saja disahkan kena cancer tulang. Dah sebulan dia terlantar dirumah. Tak nak ke hospital sebab takut.Kesian pulak tengok dia. Dah tak boleh bangun.Dah pakai pampers.Nasib baik suami dan anak-anaknya sangat mengambil berat.Itu nasib dia, nasib kita belum tahu lagi. ********************************************************* Dah seminggu sekolah bermula.Si Jim pada mulanya macam tak berapa suka dengan suasana sekolah baru, dah mula nampak happy...rajin pulak siapkan homework yang diberi guru. Sibuk dengan dictionary Malay-English...maklum tahun ni dia akan mula belajar maths dan sains dalam bahasa Inggeris.Yang merimaskan asyik dok bertanya bila 'mak boleh bagi dia h/phone' Arghhh.....malas betul nak layan. ********************************************************* |